Bajet 2018

Bajet 2018: Ringkasan & Intipati Pembentangan Bajet 27 Oktober

bajet 2018

Bajet 2018 akan dibentangkan secara rasmi pada 27 Oktober 2017.

Khabarnya pada tarikh tersebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan berita gembira untuk semua penjawat awam dan kakitangan kerajaan khususnya.

Di portal rasmi Bajet 2018, ramai yang menyumbangkan pendapat dan idea. Antara idea yang mendapat sokongan paling banyak adalah:

  • Kenaikan gaji dan elaun kakitangan kerajaan
  • Bonus 2 bulan untuk penjawat awam
  • Pemansuhan bayaran lesen memandu
  • Elaun khas guru pelatih PSIMP dan PPISMP
  • Rebat cukai pendapatan
  • Elaun khas guru
  • Hospital khas kanak-kanak
  • Cuti gaji penuh bagi bagi penjawat awam lanjut pengajian ijazah sarjana

Secara kasarnya, topik paling mendapat perhatian adalah topik “kenaikan gaji penjawat awam”.

Intipati Bajet 2018

Kami akan mengemaskini intipati pembentangan bajet 2018 pada 27 Oktober nanti.

Perdana Menteri dalam satu majlis berkata kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini, melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam.

Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum, katanya.

Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam.

Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada 2015, katanya.

“Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien,” katanya.

“Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan ‘to leapfrog’ atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050,” kata perdana menteri.

Sorotan Pembentangan Bajet 2017

Untuk makluman, berikut kami kongsikan semula antara maklumat penting pada pembentangan bajet 2017 yang lepas. Antaranya:

  1. Geran RM5,000 kepada pemandu teksi untuk membeli kenderaan baru
  2. Diskaun PTPTN sehingga 15%
  3. RM250 kad debit pelajar

pembentangan bajet 2018

Leave a Reply