Informasi

FlexiPack International Memudahkan Penghantaran Ke Luar Negara

Ramai yang tak tahu macam mana nak hantar atau pos barang ke luar negara.

Sedar akan masalah itu Pos Malaysia memperkenalkan pakej FlexiPack International; servis pintu-ke-pintu yang ditawarkan bagi memudahkan penghantaran ke luar negara.

Sama ada anda membuat penghantaran untuk bisnes online atau menghantar pakej kepada keluarga dan rakan di luar negara, FlexiPack International adalah cara yang paling mudah dan paling berpatutan untuk dicuba.

Cuma beli kotak prabayar kadar rata atau sampul surat, bungkus dan masukkannya di kotak pos terdekat atau pos Malaysia.

FlexiPack International Harga Bermula RM6 Sahaja

flexipack

Harga pakej FlexiPack International bermula dari RM6 sahaja bagi pakej envelope (150g) ke negara berikut:

  • Brunei
  • Singapore
  • Cambodia
  • Hong Kong
  • Laos
  • Myanmar
  • Philipines
  • Thailand
  • Indonesia
  • Vietnam

Kadar rata bagi negara tersebut mengikut saiz & berat postage anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk gambar di bawah:

flexipack international

Cara Pos Barang ke Luar Negara

Berikut 5 langkah mudah untuk pos barang ke luar negara menggunakan servis FlexiPack International.

  1. Beli FlexiPack dari mana-mana pejabat Pos Malaysia atau Pos Laju berhampiran
  2. Sediakan barang yang nak dipos lengkap dengan informasi seperti nama dan alamat penerima
  3. Drop parcel anda ke pejabat Pos Malaysia
  4. Penghantaran akan dibuat oleh Pos Malaysia
  5. Semak status penghantaran Pos Malaysia sehingga sampai

Baca juga: Lokasi Kamera AES terkini 2017.

Barang Yang Dilarang

Berikut senarai barang yang dilarang untuk dipos ke luar negara, antaranya:

  • Haiwan, tumbuhan, barangan makanan dan minuman yang tidak diluluskan oleh negara destinasi
  • Item yang berharga dan dokumen penting seperti wang tunai, kad kredit, pemeriksaan pelancong, pasport, sijil kelahiran, barang kemas yang diperbuat daripada emas, platinum dan perak, batu permata
  • Bahan letupan, radioaktif, aerosol, barangan yang mengakis, mudah terbakar dan berbahaya
  • Bahan yang menyinggung atau lucah
  • Mana-mana ubat sama ada dalam bentuk pil, kapsul, serbuk atau cecair yang tidak diluluskan oleh negara destinasi

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Pos Malaysia.

Sebarang pertanyaan tentang FlexiPack boleh diemelkan ke flexipackint@pos.com.my atau hubungi Careline Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 (Domestic).

Leave a Reply