Sukan

Perlawanan Malaysia vs Hong Kong Kelayakan Piala Asia 2019

Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia vs Hong Kong pada 10 Oktober 2017 berlangsung di Stadium Hong Kong.

Berikut sedikit maklumat perlawanan (live streaming & keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa).

malaysia vs hongkong piala asia 2019

Keputusan Malaysia vs Hong Kong 10 Oktober 2017

Sidang media praperlawanan telah berlangsung di Stadium Hong Kong, malam tadi yang dihadiri ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada dan penolong ketua pasukan, Shahrom Kalam.

Presiden FAM, TMJ turut mengadakan sidang video bersama para pemain yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi FAM.

Perlawanan Malaysia vs Hong Kong ini boleh ditonton secara langsung di saluran Astro Arena 801/802 HD.

Malaysia perlu menang untuk ke peringkat seterusnya kerana sudah kalah ketika menentang pasukan Lebanon pada aksi perlawanan Jun serta seri 1-1 di Melaka September lepas.

Perlawanan: Malaysia lwn Hong Kong
Live streaming: Astro 801/802 HD
Kumpulan: Piala Asia 2019 Kumpulan B
Tarikh: 10 Oktober jam 7.45 malam

Senarai pemain akan dikemaskini nanti…

Berikut adalah senarai pemain ketika perlawanan Malaysia vs Hong Kong 5 September lalu:

Kesebelasan Utama: 23-Hafizul Hakim Khairul Nizam (PG); 15-Rizal Ghazali, 5-Shahrom Kalam, 17-Aidil Zafuan Abd Radzak, 21-Nazirul Naim Che Hashim; 18-Kiko Insa; 7-Baddrol Bakhtiar, 6-Amirulhadi Zainal, 8-Safiq Rahim (K), 16-Syazwan Zainon; 10-Darren Lok.

Simpanan: 2-Amirul Azhan Aznan, 3-Fitri Omar, 4-Shahrel Fikri Fauzi, 9-Ahmad Hazwan Bakri, 11-Ahmad Syamim Yahya, 12-Akram Mahinan, 13-Khairul Helmi Johari, 14-Nasir Basharudin, 19-Wan Zack Haikal Wan Nor, 20-Nazrin Nawi, 22-Farhan Abu Bakar (PG).

Bonus RM30,000 Jika Menang

Berita baik buat Skuad Harimau Malaya apabila TMJ mengumumkan bonus RM30,000 jika Malaysia menang menentang Hong Kong malam ini.

Berita gembira itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM pada Isnin.

Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata.

Leave a Reply