Informasi

Permohonan Passport Malaysia Kali Pertama, Harga Terkini 2017

Permohonan passport Malaysia antarabangsa kali pertama boleh dibuat di semua pejabat Imigresen dan di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.

Berikut kami kongsikan prosedur permohonan passport Malaysia kali pertama dan harga terkini passport 2017.

Harga Passport Malaysia 2017

passport malaysia antarabangsa

Terdapat 6 kategori harga untuk bayaran passport Malaysia. Antaranya:

  1. Pemohon biasa (berumur 13 hingga 59 tahun) – RM200
  2. Warga emas (60 tahun ke atas) – RM100
  3. Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) – RM100
  4. Pelajar mengikut program ijazah di luar negara (21 tahun ke bawah) – RM100
  5. Jemaah Haji – RM100
  6. Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Bagi pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran pengajian di IPT luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti:

  • Surat tawaran IPT
  • Resit bayaran yuran pendaftaran
  • Kad matrik pelajar (jika sedang belajar)

Bagi OKU pula, anda perlu mengemukakan kad pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Bayaran boleh dibuat sama ada melalui tunai, kad kredit, wang pos atau bank draf yang dipalang atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/Pengarah Imigresen Negeri.

Untuk perwakilan pelajar di luar negara, pembayaran boleh dibuat atas nama Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Penolong Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia.

Permohonan Passport Malaysia

Cara memohon passport Malaysia tidaklah rumit. Ada beberapa prosedur perlu anda ikut, antaranya:

  1. Pemohon perlu hadir sendiri di pejabat Imigresen atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
  2. Permohonan di kaunter pejabat Imigresen Malaysia atau Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
  3. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Spesifikasi Gambar Passport Malaysia

Berikut merupakan spesifikasi gambar passport Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Imigresen.

spesifikasi gambar passport malaysia

  • Pemohon perlu memakai pakaian gelap serta menutupi bahagian bahu dan dada
  • Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
  • Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang bertudung
  • Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
  • Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap

Spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun:

  1. Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang.
  2. Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).

Leave a Reply