Kerjaya

Senarai 25 Pekerjaan Gaji Paling Mahal di Malaysia; RM70,000 Sebulan

Nak tahu sektor pekerjaan gaji paling mahal di Malaysia?

Berikut kami kongsikan senarai 25 jawatan yang bergaji sehingga RM70,000 sebulan, antaranya:

  1. Demand Planning Manager – RM70,000/bulan
  2. Surgeon – RM70,000/bulan
  3. CFO – RM70,000/bulan

pekerjaan gaji paling mahal di malaysia

Namun kajian yang dibuat oleh Salary Explorer mendapati rakyat Malaysia pada dasarnya tidak berpuas hati dengan gaji yang mereka terima.

Disebabkan itulah banyak cadangan diajukan sempena pembentangan Bajet 2018 yang akan datang supaya kerajaan menaikkan gaji terutama penjawat awam.

Sementara itu tinjauan JobStreet berhubung Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pekerja di Malaysia mendapati, dari segi gaji, 61 peratus responden merasakan gaji mereka adalah rendah dan tidak mampu menyara kehidupan.

3 Sektor Pekerjaan Berisiko Dibuang Kerja

sektor pekerjaan berisiko dibuang kerja

Selain itu, berikut merupakan 3 sektor pekerjaan paling berisiko dibuang kerja susulan pelaksanaan sistem automasi. Antaranya:

  1. Kewangan
  2. Peruncitan
  3. Pembuatan

Mengikut data dari Kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 5 juta pekerjaan digantikan dengan mesin sejak tahun 2015.

Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan sementara lebih 17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.

Pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.

Sementara laporan The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.

Manakala pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar diet dan nutrisi adalah pekerjaan yang paling selamat.

Selain itu, Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin mencadangkan para pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

 

Leave a Reply