Pendidikan

Panduan Permohonan Kolej Vokasional & SMT Ambilan Jan 2018

Berikut dimaklumkan permohonan Kolej Vokasional & SMT bagi ambilan Januari 2018 dibuka pada 10 Oktober sehingga 20 Disember 2017.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga: Permohonan ke SMKA Putrajaya Kini Dibuka

Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta PentaksiranPsikometrik (PPsi) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut:

#1 – Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

  • di Kolej Vokasional KPM
  • di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) – Auto Prima Technology Sdn. Bhd., Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training , PPKS Ilmu Sdn. Bhd., JT Akademi Sdn. Bhd
  • di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) – KKTM Masjid Tanah

#2 – Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia.

#3 – Program Kemahiran di:

  • Kolej Vokasional KPM
  • Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia
  • WISDEC Sabah

Permohonan Kolej Vokasional & SMT

permohonan kolej vokasional smt

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum pelajar membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional & SMT iaitu:

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017
  • Sihat tubuh badan dan bebas daripada sakit kronik yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali
  • Tidak rabun/buta warna
  • Bebas daripada masalah mental
  • Berminat dengan program yang dipohon

Selain itu, calon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3) dan memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah – PS).

Sekiranya kesemua syarat dipenuhi, maka calon boleh membuat permohonan ke Kolej Vokasional & SMT melalui pautan di bawah:

Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2017

Terdapat 9 buah sekolah menengah teknik secara total. Antaranya:

  1. Sekolah Menengah Teknik Kuantan
  2. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
  3. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
  4. Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
  5. SMT Tuanku Jaafar
  6. SMT Tunku Abdul Rahman
  7. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu
  8. SMT Cheras
  9. SMT Sejingkat

Semakan Keputusan Permohonan ke KV & SMT

Calon boleh membuat semakan keputusan permohonan bermula Disember 2017 di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan bermula 26 Januari hingga 28 Februari 2017.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http: //www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089)

Leave a Reply