Cara Mengaktifkan Akaun Tabung Haji Yang Tidak Aktif

Bagi individu yang memiliki akaun Tabung Haji tetapi tidak aktif, anda perlu mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membuat transaksi wang di dalam akaun tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan akaun tidak aktif? Akaun tidak aktif ialah akaun bank yang tiada sebarang transaksi kewangan selama 7 bulan berturut-turut.

Apabila tiada apa-apa transaksi kewangan selama 7 bulan berturut-turut tersebut, maka pihak Tabung Haji akan mengambil tindakan untuk meletakkan status akaun bank anda sebagai tidak aktif.

Oleh itu, adalah penting bagi orang ramai untuk membuat transaksi kewangan bagi memastikan akaun bank mereka kekal aktif.

Cara Kekal Aktif

Untuk memastikan akaun bank kekal aktif, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Membuat transaksi simpanan atau pengeluaran.
  2. Mendaftar Haji.
  3. Mendaftar hibah amanah.
  4. Membuat simpanan bulanan melalui potongan gaji.
  5. Membuat simpanan secara arahan tetap melalui THiJARI.

Cara Mengaktifkan Akaun Bank

Untuk mengaktifkan semula akaun bank, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hadir sendiri ke mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji.
  2. Bawa bersama kad pengenalan.
  3. Buka akaun Tabung Haji yang baharu.
  4. Wang simpanan dari akaun tidak aktif akan dipindahkan ke akaun yang baharu.

Transaksi Akaun Bank

Transaksi akaun bank Tabung Haji boleh dilakukan menerusi saluran berikut:

i) Kaunter Tabung Haji

  • 123 cawangan Tabung Haji
  • Kaunter bergerak Tabung Haji
  • Tabung Haji komuniti

ii) Perbankan Internet

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • CIMB Islamic
  • Ambank
  • JomPAY

iii) Mesin ATM

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • CIMB Islamic

iv) Uniteller

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat

Talian Semakan

Untuk menyemak status akaun bank ini, sila hubungi THCC di talian 03-6207 1919 atau melayari laman web untuk info lanjut https://www.tabunghaji.gov.my/.

Leave a Comment