Aquaria KLCC

Aquaria KLCC terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur dan merupakan antara tempat menarik yang wajib dikunjungi jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur bersama keluarga tersayang.

Aquaria KLCC digelar sebagai oceanarium yang bermaksud aquarium berskala besar yang mempunyai pelbagai hidupan laut dan habitat marin.

Lokasi Aquaria dari mercu tanda Menara Berkembar Petronas adalah sangat dekat malahan Aquaria ini dibina di bawah tingkat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sejarah Aquaria KLCC

Pembinaan Aquaria KLCC bermula pada tahun 2003 dan berjaya dibuka pada bulan Ogos tahun 2005.

Aquaria KLCC mempunyai keluasan 60 000 kaki persegi, terowong bawah air sepanjang 90 meter.

Oceanarium Aquaria ini mempunyai 2 tingkat dan menempatkan lebih 250 jenis spesies, dan sebanyak 5000 koleksi haiwan darat dan akuatik dari dalam negara Malaysia dan luar negara.

Cara Hendak Pergi Ke Aquaria KLCC

Pengunjung yang memandu kenderaan persendirian boleh meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta berbayar di Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kemudian dari Suria KLCC, pengunjung boleh berjalan kaki ke Aquaria yang jaraknya hanya 5 ke 10 minit menggunakan terowong bawah tanah.

Terowong bawah tanah KLCC ini dibuka setiap hari bermula 6 pagi hingga 11 malam dan pengunjung tidak perlu risau akan kebersihan tempat pejalan kaki ini serta ia mempunyai kemudahan pendingin hawa.

Pengunjung yang menggunakan perkhidmatan bas Hop-On Hop Off boleh turun di stesen Kuala Lumpur Convention Centre dan terus masuk melalui pintu masuk pusat itu.

Perkhidmatan train seperti monorail, MRT dan Rapid Kl juga boleh membawa pengunjung ke stesen berdekatan dengan KLCC dan Kuala Lumpur Convention Centre.

Waktu Operasi Aquaria KLCC

Aquaria KLCC dibuka setiap hari termasuk hari cuti am dan waktu operasi bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 petang namun pengunjung hanya dibenarkan masuk untuk last admission pda pukul 6 petang.

Harga Tiket Aquaria KLCC

Warganegara Malaysia ataupun pemegang MYkad dicaj lebih murah berbanding dengan pengunjung tanpa MYkad, dewasa (MYkad) dicaj RM 49, kanak-kanak usia 3 hingga 12 tahun dicaj RM 39, harga yang sama iaitu RM 39 dicaj kepada warga emas (MYkad), pemegang kad OKU dicaj RM 16 sahaja.

Pengunjung tanpa MYkad dewasa dicaj RM 71, kanak-kanak umur 3 hingga 12 tahun dicaj RM 61 bersamaan dengan harga tiket warga emas manakala pemegang kad OKU tetap dicaj RM 16.

SOP Covid 19 di Aquaria KLCC memerlukan pengunjung untuk mempunyai bukti lengkap 2 dos vaksin Covid 19 serta pengunjung perlu menempah terlebih dahulu tiket untuk masuk ke Aquaria kerana hanya 400 orang pengunjung sahaja yang dibenarkan masuk untuk satu masa.

Pengunjung juga perlu memeriksa suhu badan sebelum masuk, memakai face mask setiap masa dan perlu menjaga jarak 1 meter demi pematuhan SOP Covid 19.

Jom kita tengok tempat menarik di Aquaria KLCC.

Tarikan di Aquaria KLCC

1. Evolution Zone

Zon Evolusi ini mempunyai tangki ikan piranha “Red- bellied Piranha” ataupun nama saintifiknya adalah Pygocentrus nattereri.

Tempat Tarikan Menarik Aquaria KLCC
Aquaria KLCC

Saiz ikan ini mencecah 0.5 meter dan terdapat banyak di kawasan Amerika Selatan, ikan ini hidup secara berkelompok sebagai salah satu cara kelangsungan hidup yang strategik.

Red-bellied Piranha ini mampu hidup selama 10 tahun secara purata dan disebabkan ia hidup secara berkumpulan, pemburuan mangsa turut dilakukan secara berkumpulan dengan menyerang ekor dan mata mangsa dahulu agar mangsa tidak mampu melarikan diri.

Selain itu, ikan piranha ini mempunyai gigi seperti ‘razor’ berbentuk segi tiga yang sangat tajam dan gigi mereka bertindak seperti sepasang gunting yang boleh mengoyak daging mangsa.

Satu lagi spesis ikan yang berada di zon evolusi ini adalah ‘Brown-Banded Bamboo Shark’, jerung ini dikenali secara saintifik sebagai Chilosyllium punctatum.

Cat Shark Jerung Kucing
Aquaria KLCC

Jerung ini banyak terdapat di kawasan perairan Indo Pasifik Barat dan mampu mencecah 1.3 meter panjang selain kitaran hidupnya secara purata adalah 25 tahun.

Jerung ini juga dikenali sebagai ‘Cat Shark’ ataupun Jerung kucing kerana mempunyai misai seperti kucing yang mana misai ini berfungsi sebagai deria sensori pemburuan ikan ini di dalam gelap.

Ikan Jerung ini tidak berbahaya dan hanya memakan ketam dan ikan kecil sahaja.

Akhir sekali di bahagian zon evolusi ini adalah Ketam Ladam ataupun ‘Horseshoe Crab’.

Ketam Ladam Tempat Menarik Aquaria KLCC
Aquaria KLCC

Pastinya anak-anak anda akan teruja apabila melihat aksi ikan-ikan dan ketam ini.

2. The Stream

Pameran The Stream ataupun sungai ini mempunyai tarikan seperti memerang yang dikenali sebagai ‘Asian Small Clawed Otter’, belut elektrik ataupun ‘Electric Eel’ dan cicak gecko ‘Tokay Gecko’.

The Stream
Aquaria KLCC

3. Flooded Forest

Pameran Hutan Banjir ini mempunyai hidupan air tawar seperti ikan arapaima, ikan pari air tawar dan juga ikan alligator gar.

Flooded Forest
Aquaria KLCC

Ikan-ikan di bahagian flooded forest adalah sangat unik terutamanya ikan alligator gar yang mempunyai kepala seakan bentuk buaya.

Kebanyakan pengunjung pasti akan merasa kagum dan teruja dengan saiz dan rupa ikan gergasi di Flooded Forest.

4. Shipwreck

Kawasan Shipwreck atau kapal karam ini mempunyai 2 jenis ikan iaitu ikan singa ataupun ‘Red Lionfish’ dan ikan ‘Reef Stonefish’.

Shipwreck
Aquaria KLCC

Kedua jenis ikan ini adalah pemangsa jenis serang hendap sebagai contoh ikan ‘Reef Stonefish’ mempunyai rupa seperti batu karang, ia berlakon menjadi batu karang dan kemudian menyerang dengan laju.

5. The Coast

Aquaria KLCC mengatur kesemua pameran dalam bentuk susur evolusi dari hutan ke laut, pameran di The Coast ini mempunyai tarikan utama ikan belacak ‘Mudskipper’ dan ‘Archerfish’.

The Coast
Aquaria KLCC

Keunikan Archerfish adalah kebolehan memanah mangsa seperti serangga kecil menggunakan air dari mulutnya sehinggakan boleh mengeluarkan 7 panahan sekali gus.

6. Living Ocean

Pameran Living Ocean sentiasa menjadi antara tempat paling menarik di Aquaria KLCC untuk dikunjungi kerana pameran ikan jerung ‘Sand Tiger Shark’, Green Sea Turtle dan Moray Eel.

Living Ocean
Aquaria KLCC

Sand Tiger Shark menjadi kesukaaan pelancong kerana rupanya yang nampak gah serta menakutkan, belut Moray juga antara hidupan laut yang digeruni kerana rupanya namun satu-satunya tarikan yang comel di Living Ocean adalah penyu ‘Green Sea Turtle’.

7. Weird and Wonderful

Sotong Gergasi Pasifik atau ‘Giant Pacific Octopus’ adalah antara tarikan utama di pameran Weird and Wonderful ini kerana bentuknya yang menarik, serta saiz yang besar.

Weird and Wonderful
Aquaria KLCC

Ikan ‘Pinecone Fish’ mempunyai keunikan bioiluminasi pada organ badan ikan ini yang dapat dikawal menggunakan pergerakan rahang ikan ini.

8. Cage Rage

Pengunjung yang ingin menyelam bersama jerung namun tidak mempunyai lesen menyelam, Cage Rage adalah aktiviti yang sesuai buat anda.

Cage Rage
Aquaria KLCC

Aktiviti ini akan diadakan di kawasan Living Ocean, harga pakej ini termasuk tshirt, sijil Cage Rage, alatan menyelam dan tiket masuk ke Aquaria KLCC.

9. Dive With Shark

Penggemar aktiviti yang membuatkan anda merasa adrenaline rush, ini adalah aktiviti yang sesuai untuk anda sekiranya anda mempunyai sijil menyelam dan diver yang terlatih.

Diving With Shark Tempat Menarik di Aquaria KLCC
Aquaria KLCC

Anda boleh menyelam di dalam tanki berisipadu 2.5 juta liter air bersama dengan 5 jenis jerung serta hidupan laut dalam yang lain seperti penyu.

Pakej merangkumi tiket masuk ke Aquaria KLCC, tshirt, alatan menyelam, dan sijil.

10. Sleep With Shark

Kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 13 tahun adalah pengunjung yang sesuai untuk aktiviti tidur di akuarium, Aquaria KLCC kerana mereka akan merasai pengalaman feeding session, pencarian harta karun, eksperimen sains dan macam-macam lagi.

Tempat Menarik Di Aquaria KLCC Sleep with Shark
Aquaria KLCC

Pakej merangkumi harga tiket ke Aquaria KLCC, tidur di akuarium, tshirt, makanan 3 kali sehari dan kit pembelajaran.

AlamatFb/ Website
Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala LumpurAquaria KLCC

Harga pakej dan promosi serta tempahan awal serta syarat-syarat untuk semua aktiviti boleh dilihat di laman sesawang rasmi Aquaria KLCC.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu memudahkan pembaca membuat rancangan percutian ke Aquaria KLCC.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment