Tentukan Arah Kiblat Tanpa Apps Dan Peristiwa Istiwa Adzam

Macam mana cara nak tentukan arah kiblat?

Perlukah menggunakan kompas kiblat atau ada sebarang applikasi yang memudahkan kita mencari kiblat di rumah?

Berita baik di mana Google dengan teknologi augmented reality (AR) menghasilkan satu web khas bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mencari arah kiblat dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Cari Arah Kiblat Dengan Qibla Finder

arah kiblat

Applikasi berasaskan web yang dikenali Qibla Finder ini menggunakan lokasi Kaabah  (Lat 21.4224779 Long 39.8251832) dan lokasi pengguna (GPS) untuk menentukan kiblat yang tepat.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  1. Layari Qibla Finder menerusi pelayar web anda (Chrome, Safari, Mozilla, etc)
  2. Untuk dapatkan arah kiblat yang lebih tepat sila buat gerakan angka 8
  3. Kemudian halakan telefon anda ke arah Kaabah

Untuk maklumat lanjut, layari Google Qibla Finder.

Istiwa Adzam, Peristiwa Matahari Tegak Di Atas Kaabah

Satu lagi cara menyemak arah kiblat adalah berpandukan fenomena yang dikenali sebagai Istiwa Adzam.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.

Pada jam 5.16 petang (28 Mei) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Fenomena ini juga berlaku pada jam 5.28 petang (16 Julai) setiap tahun.

Pada masa tersebut, kita boleh menyemak kedudukan kiblat dengan cara:

  1. Sediakan sebatang kayu dan dirikan di kawasan lapang atau kawasan yang menerima cahaya Matahari.
  2. Perhatikan bayang-bayang dan unjurkan garisan ke arah Matahari.
  3. Bayang/bayang atau garisan yang terhasil akan menunjukkan arah Kiblat.

Adakah tarikhnya sama setiap tahun?

Jawapannya ya.

Kecuali jika tahun lompat, maka fenomea tersebut jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.

Bagi mereka yang berada di Mekah pada waktu tersebut, mereka berpeluang menyaksikan “Hari Tanpa Bayang”.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh download PDF yang dihasilkan oleh FalakOnline di sini.

Leave a Comment