ArtFAS Yayasan Hasanah: Geran Penggiat Seni & Budaya RM250,000

Yayasan Hasanah telah membuka permohonan geran kepada penggiat seni dan budaya menerusi ArtsFAS berjumlah RM250,000.

Untuk makluman, Yayasan Hasanah ditubuhkan pada 1 Julai 2015 yang bertujuan untuk menumpukan kepada isu masyarakat, sosial dan alam sekitar di Malaysia.

Salah satu usaha yang dilakukan oleh yayasan ini ialah mewujudkan ArtFAS sebagai geran yang membantu penggiat seni dan budaya di dalam negara.

Permohonan geran ini boleh dibuat secara atas talian sebelum 30 November 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon geran ini adalah seperti berikut iaitu:

  1. Pemohon mestilah sama ada pengamal sebarang bentuk kesenian, warisan dan kebudayaan Malaysia dan mestilah persatuan berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS), atau syarikat di bawah Pendaftar Syarikat (SSM) serta telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun.
  2. Jenis bentuk seni yang layak memohon di bawah geran ini ialah seni persembahan (tarian, muzik, teater), tradisi bercerita dan lisan, seni visual dan kraf.
  3. Permohonan yang mewakili kepelbagaian berbilang kaum sebagai identiti negara amat digalakkan.
  4. Persembahan atau acara seni, warisan dan budaya mestilah dibuat pada atau sebelum 31 Disember 2022.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah dibawah berikut:

  1. Lengkapkan borang penilaian kelayakan di pautan https://www.artsfas.org/eligibility untuk penilaian kelayakan. Borang penilaian kelayakan ditutup pada 24 November 2022.
  2. Pemohon yang layak akan menerima pautan untuk menghantar permohonan melalui portal geran rasmi. Permohonan ditutup pada 30 November 2022.
  3. Penerima sebarang pembiayaan semasa di bawah geran, tajaan, atau bantuan kemanusiaan Yayasan Hasanah adalah tidak layak memohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan geran ArtFAS ini, sila layari pautan iaitu https://www.artsfas.org/apply-now.

Leave a Comment