Asam Pedas Melaka

Melaka sangat terkenal dengan masakan melayu asam pedas hingga dikatakan kalau kita pergi melancong ke negeri Melaka yang penuh bersejarah itu kalau tidak makan asam pedas Melaka pasti kita akan rugi.

Asam pedas adalah masakan yang menggunakan asam jawa, cili dan rempah hingga menghasilkan kuah yang masam-masam pedas manakala sumber protein utama seperti ikan, ayam, dan macam-macam lagi boleh digunakan mengikut selera tekak anda.

Jom kita terus ke tempat menarik di Melaka yang menyajikan masakan asam pedas.

Kedai Masakan Asam Pedas di Melaka

1. Asam Pedas Claypot 2 Restoran Kota Laksama

Restoran asam pedas ini dinamakan Asam Pedas Claypot 2 kerana ia adalah cawangan daripada Restoran Asam Pedas Claypot yang pertama.

Asam Pedas Claypot 2 Asam Pedas Melaka
ASam Pedas Claypot 2

Restoran ini dibuka pada setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari selasa.

Antara menu yang disediakan di sini adalah set asam pedas, asam pedas kepala ikan, nasi ayam, nasi ayam goreng kunyit dan juga pati asam pedas turut dijual di sini.

Haa.. kalau anda berkenan dengan asam pedas di sini bolehlah membeli pati asam pedas yang dijual nanti kalau sudah pulang ke rumah kalau teringat asam pedas Melaka, boleh masak terus mengunakan pati asam pedas.

AlamatFb/ Website
86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 MelakaRestoran Asam Pedas Claypot 2

2. Hajjah Mona Asam Pedas

Hajjah Mona Asam Pedas ini terletak di Taman Kota Lakasama serta berdekatan dengan Hotel Casa Del Rio.

Hajjah Mona Asam Pedas Melaka
Hajjah Mona Asam Pedas

Asam pedas yang dijual di sini terkenal dan viral dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pengunjung kerana mempunyai asam pedas tetel serta aneka jenis asam pedas seperti asam pedas telur ikan, asam pedas ikan tenggiri dan lain-lain seperti masakan panas.

Asam pedas tetel adalah asam pedas daging yang mempunyai bahagian lemak dan rasa kenyal-kenyal lembut seperti daging cincang dan ia adalah salah satu menu wajib dicuba di Restoran Hajjah Mona Asam Pedas ini.

Kedai ini beroperasi pada hari khamis hingga selasa dan tutup pada hari rabu.

Sop perlu dipatuhi serta pelanggan yang lengkap 2 dos vaksin sahaja yang dibenarkan makan di restoran.

AlamatFb/ Website
 6, Jalan Laksamana 2, Taman Kota Laksamana, 75200 MelakaHajjah Mona Asam Pedas

3. Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam

Asam Pedas Pasar Borong adalah antara kedai masakan asam pedas Melaka yang paling terkenal di Melaka.

Asam Pedas Pasar Borong
Asam Pedas Pasar Borong

Haa..mustahil kalau orang Melaka tidak tahu akan kedai asam pedas ini.

Kalau pengunjung hendak datang makan di sini dinasihatkan melapik perut dahulu, jangan datang dengan perut kosong kerana banyak pelanggan yang datang kebiasaannya dan menyebabkan anda perlu menunggu lebih lama.

Asam pedas yang disediakan dikatakan mempunyai rasa yang sedap kerana kesegaran makanan lautnya selain itu harga asam pedasnya juga berpatutan.

Kedai asam pedas di Pasar Borong Batu Berendam ini dibuka mulai pukul 6 petang hingga 12 malam pada setiap hari.

Buat pengunjung yang datang bersama ahli keluarga yang ramai dan inginkan makanan beraneka jangan risau di medan selera ini mempunyai kedai roti canai yang sedap, kedai satay,kedai ais kacang dan kedai masakan panas.

Alamat
12, Jalan Iks M4, 75350 Melaka

4. Matahari Corner Asam Pedas Claypot

Satu lagi kedai asam pedas yang terletak berdekatan dengan Pasar Borong Batu Berendam Melaka.

Matahari Corner Asam Pedas Claypot

Kedai Matahari Corner Asam Pedas Claypot ini menyediakan masakan asam pedas Melaka yang beraneka seperti ikan pari, ikan jenak, tenggiri, parang, telur ikan, telur sotong, daging tetel, kepala ikan, dan set nasi putih.

Haa..mesti pengunjung akan terliur melihatkan menu yang penuh aneka lauk.

Selain asam pedas, kedai ini turut menyediakan nasi lemak dan pelbagai jenis roti canai seperti roti tampal, roti sardin dan roti telur.

Kedai Matahari Corner Asam Pedas Claypot ini dibuka setiap hari kecuali ahad dan beroperasi mulai pukul 5 petang hingga 12 malam.

AlamatFb/ Website
75350 Batu Berendam, MalaccaMatahari Corner Asam Pedas Claypot

5. Asam Pedas Dahliea Ria

Restoran Dahliea Ria adalah cawangan kedua kedai asam pedas Dahlia Ria yang terletak di Pasar Borong Batu Berendam.

Dahliea Ria
Dahliea Ria

Restoran ini menyediakan aneka asam pedas, nasi ayam penyet, nasi kukus, masak lemak dan menjual pes asam pedas segera.

Kalau pengunjung hendak makan asam pedas Dahlia Ria yang di Pasar Borong Batu Berendam tapi pengunjung berada dekat dengan Jonker Street, A Famosa atau Mahkota Parade jangan risau, anda boleh saja singgah ke Dahliea Ria kerana resepi yang digunakan adalah sama serta kawasan kedai yang lebih selesa.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali rabu bermula pukul 12 tengahari hingga 10 malam.

AlamatFb/ Website
108, Jalan Laksamana 6
Taman Kota Laksamana
75200 Melaka
Malaysia
Dahliea Ria

6. Asam Pedas Pak Man

Sekiranya anda berkunjung ke Ayer Keroh di Melaka maka anda harus singgah ke Restoran Asam Pedas Pak Man ini.

Restoran Pak Man
Asam Pedas Pak Man

Kebanyakan orang Melaka pasti kenal dengan nama Asam Pedas Pak Man kerana ia sangat terkenal sehinggakan dikatakan the best in town.

Antara asam pedas yang dijual adalah asam pedas ikan jenahak, ikan pari, daging tetel, ikan parang, ikan kembung dan macam-macam lagi.

Makanan lain yang dijual adalah aneka kuih, nasi ayam dan roti canai.

Kalau pengunjung yang keluar bersiar di Melaka pada waktu pagi boleh terus singgah ke Asam Pedas Pak Man kerana ia dibuka awal pagi.

Restoran ini juga menjual pes asam pedas, sambal ikan bilis, dan pes rendang Pak Man.

Restoran ini beroperasi setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 10 malam.

AlamatFb/ website
No 51, Jalan Knmp 2a, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, MelakaAsam Pedas Pak Man

7. Restoran Selera Hang Tuah, Masakan Asam Pedas Melaka

Orang Melaka pasti kenal akan Restoran Selera Hang Tuah kerana ia telah beroperasi berpuluh tahun lamanya.

Restoran ini terkenal dengan asam pedas telur ikan mayong, asam pedas gearbox dan sup urat keting.

Restoran Selera Hang Tuah

Haa.. sesiapa penggemar asam pedas dan ingin mencuba gearbox boleh singgah ke restoran ini namun anda wajib lengkap 2 dos vaksin Covid 19 untuk makan di sini.

Restoran ini amat terkenal sehingga menjadi tempat tumpuan warga lokal dan juga dari luar Melaka, selebriti terkenal juga pernah datang menjamu selera di sini.

Restoran Selera Hang Tuah turut menyediakan pelbagai menu masakan panas seperti mee bandung, char kue tiow, bihun, aneka sup, makanan western, tomyam, nasi ayam dan macam-macam lagi.

Restoran ini beroperasi mulai 4 petang hingga 12 malam dan dibuka

AlamatFb/ Website
Jalan Bukit Katil – Duyong, Kampung Duyong, 75460 MelakaRestoran Selera Hang Tuah

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment