ASN Sukuk: Pelaburan Unit Amanah Baharu ASNB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan ASN Sukuk iaitu unit amanah baharu ASNB untuk pilihan pelaburan kepada orang ramai.

ASN Sukuk ialah dana pendapatan tetap yang sesuai untuk mengukuhkan daya tahan portfolio pelaburan dengan menyediakan peluang untuk mempelbagaikan pelaburan anda dengan risiko yang rendah.

Orang ramai boleh mula melabur dalam pelaburan baharu ini dengan modal permulaan serendah RM10 sahaja.

Tawaran Permulaan

Tempoh tawaran permulaan dengan Nilai Aset Bersih (NAB) ditetapkan pada RM1.00 seunit selama 21 hari sehingga 15 Disember 2022 sebelum dana ini diniagakan pada harga jualan mengikut NAB semasa.

Pelabur juga boleh menikmati caj jualan yang lebih rendah sebanyak 1% untuk sebarang jumlah pelaburan yang dilakukan di cawangan dan ejen ASNB seluruh negara sehingga 31 Mac 2023.

Pelabur Sasaran

Pelaburan ini sesuai untuk pelabur yang:

  • Mempunyai profil risiko konservatif.
  • Memilih peningkatan modal.
  • Memilih pendapatan yang stabil dalam pelaburan jangka sederhana hingga panjang yang mematuhi prinsip Syariah.
  • Memahami risiko dan profil pulangan pelaburan di pasaran modal tempatan dan global.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon pelaburan ini adalah seperti berikut:

  1. Individu Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah
  3. Badan korporat atau tidak diperbadankan, badan berkanun atau institusi seperti yang diluluskan oleh Pengurus Pelaburan.

Cara Melanggan

Pelaburan ini juga boleh dilanggan secara dalam talian di portal https://www.asnb.com.my/ dan aplikasi myASNB.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ASN Sukuk, sila layari pautan https://asnb.my/ASNSukuk.

Leave a Comment