Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) bagi tahun 2020 oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) masih dibuka untuk permohonan sehingga 31 Oktober ini.
Berikut adalah cara membuat permohonan dan semakan bagi bantuan tersebut secara online ataupun manual.

Apakah Bantuan Khas Ibu Tunggal?
Satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak.
Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 sama ada secara online mahupun secara manual.
Kelayakan / Definisi Ibu Tunggal
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.
*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Kategori ibu tunggal yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut:
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran di S1; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK
- semasa) RM960.00 atau perkapita RM244.00.
Baca juga : Permohonan Skim Bantuan Jayadiri (Lembaga Zakat Negeri Kedah)
Cara Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal 2020
Untuk membuat permohonan baharu secara online bagi bantuan ini, sila ikuti langkah di bawah.
Permohonan Secara Online
- Layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/
- Sila isi borang mengikut negeri pemohon.
- Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.
- Lengkapkan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal
- Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) / Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Pesuruhjaya Sumpah.
Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas. - Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.
Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data. - Maklumat lanjut sila klik DI SINI.

Permohonan Secara Manual
Untuk memohon secara manual, anda boleh terus ke
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau
- Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal
- Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah); atau
- Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak)

Jumlah Bantuan
Bayaran sebanyak RM300.00 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak mulai Julai sehingga November 2020.
Semakan Status
Status kelulusan boleh disemak secara online melalui laman web JPW di pautan ini : http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon

Status kelulusan juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms).
Sila rujuk senarai semak INI dan pastikan semua dokumen telah dilengkapkan.
Tempoh permohonan rayuan BKIT akan dimaklumkan melalui portal rasmi JPW.
Baca juga : Diskaun Saman JPJ 70% Sah Sehingga 30 September 2020
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi JPW melalui talian hotline JPW di 03- 8323 2162 / 03- 8323 2149 / 03- 8323 2135 / 03- 8323 2138
ATAU
Salurkan pertanyaan anda melalui Facebook Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita – JPW