Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia Tahun 2022

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai penuh Kabinet Malaysia yang baharu pada tahun 2022.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November 2022.

Pelantikan tersebut adalah selaras dengan kuasa diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, selepas pelantikan Perdana Menteri dijalankan, Perdana Menteri akan membentuk barisan kabinetnya untuk mentadbir negara.

Senarai Penuh Kabinet

Berikut merupakan senarai penuh Kabinet Malaysia 2022:

  • Perdana Menteri, Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
  • Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan dan Komuniti. : Fadillah Yusof
  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
  • Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
  • Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
  • Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
  • Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
  • Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
  • Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Azalina Othman Said
  • Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
  • Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir
  • Menteri Pelancongan: Tiomg King Sing
  • Menteri Komunikasi Digital: Fahmi Fadzil
  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
  • Menteri Perpaduan Negara: Aaron Ago Dagang
  • Menteri Agama: Dato Dr Naim Mokhtar
  • Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
  • Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
  • Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/646655

Leave a Comment