Batu Pahat

Batu Pahat adalah sebuah daerah di Johor dan mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Batu Pahat dari Kuala Lumpur mempunyai jarak 239 km dan dari bandar terdekat Muar adalah 50km.

Batu Pahat adalah antara daerah termaju di negeri Johor dan daerah ini dibahagikan kepada dua zon utama, timur dan barat.

Zon timur mempunyai pekan antaranya seperti Yong Peng, Medan, Parit Sulong manakala pekan di zon barat adalah seperti Bandar Penggaram dan Rengit.

Bandar Penggaram adalah Bandar Batu Pahat, Bandar Batu Pahat merupakan bandar kedua terbesar di negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi juga.

Asal Usul Batu Pahat?

Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai Bandar Penggaram dikatakan diberikan nama penggaram disebabkan ikan masin adalah produk yang sangat terkenal dahulu lalu orang memanggil ‘bandar pembuat garam’.

Satu lagi kisah adalah pada abad ke 15 sewaktu Siam menyerang Kampung Minyak Beku yang mempunyai batu yang dipahat untuk sumber air bersih ketika pengunduran Siam dari Melaka.

Kisah yang terakhir dikatakan selepas Portugis berjaya mendapatkan Melaka, Portugis yang mahu membina Kota A Famosa telah mengambil batu granit dari muara Sungai Batu Pahat dan itulah sebabnya Batu Pahat mendapat namanya dari batu yang dipahat.

Jom kita ke tempat menarik di Bandar Batu Pahat ataupun Bandar Penggaram?

Tempat Menarik di Bandar Batu Pahat?

1. Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku mempunyai sejarahnya yang tersendiri dikatakan bahawa tentera Siam memahat batu untuk membuat perigi bagi mendapatkan sumber air tawar namun hanya minyak pekat yang keluar.

Pantai Minyak Beku Batu Pahat Tempat Menarik

Haa sebab itulah nama Pantai Minyak Beku melekat sampai sekarang.

Satu lagi mitos bahawa perigi itu mumpunyai bunian maka dahulu kala orang kampung yang ingin membuat kenduri akan pergi ke perigi tersebut untuk memberitahu akan kenduri yang akan dijalankan.

Nanti mereka akan mendapatkan perkakasan lengkap seperti kuali, senduk di kawasan perigi itu namun akhirnya perigi itu tidak lagi memberikan pinjaman kepada orang kampung kerana ada yang tidak amanah untuk memulangkan kembali perkakas yang dipinjam dan ada yang rosak.

Kini kawasan Pantai Minyak beku dijadikan kawasan beriadah dan juga terkenal sebagai port memancing untuk kaki pancing ikan.

Terdapat gerai-gerai makanan di tepi jalan selain mempunyai kemudahan tandas awam dan juga tempat berteduh.

Pantai Minyak Beku dibuka setiap hari dan tiada bayaran dikenakan.

Jarak Pantai Minyak Beku bandar Batu Pahat lebih kurang 11 km sahaja.

AlamatFb/ Website
Pantai Rekreasi Minyak Beku, Kampung Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor.mpbp.gov.my

2. Briyani Gam Mohd Shah

Kalau kita berjalan-jalan mesti perut pun lapar kan?

Jom kita try makan nasi briyani di Kedai Mohd Shah katanya memang sedap dan harga berpatutan pendek kata terkenal di Batu Pahat kalau lambat memang habis la.

Biryani Mohd Shah Tempat Menarik di Batu Pahat

Kedai makanan ini terletak di kompleks makanan dan anda mungkin terpaksa beratur disebabkan jumlah pengunjung yang ramai.

Kedai ini dibuka pada pukul 8 pagi hingga 10 malam namun selalunya nasi briyani akan habis sebelum 10 malam lagi dan ditutup setiap hari jumaat.

AlamatFb/ Website
Jalan Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor WaktuBaryani Mohd Esa Mohd Shah

3. Mee Racun Batu Pahat

Haa ..buat anda yang tidak pernah dengar tentang juadah mee racun yang terkenal di Batu Pahat ini jangan risau kerana Mee Racun ini hanyalah nama juadah mee yang diubah suai dari mee tomato sahaja.

Kalau datang ke Batu Pahat wajib cuba rasa makanan terkenal di sini iaitu mee racun antara kedai yang terkenal dengan hidangan mee racun adalah Mee Racun Tulang Original.

Mee Racun Tulang Original

Kecur air liur melihatkan gambar mee racun ini bukan?

Buat pengunjung yang membawa anak-anak jangan risau sate, otak-otak, cendawan goreng dan aneka makanan western juga ada di sini.

Kedai ini dibuka mulai 4 petang hingga 10 malam.

AlamatFb/ Website
TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, JohorMee Racun Tulang Original

4. DIY Playground

Taman permainan yang berkonsepkan diy ataupun ‘do it yourself’ ini terletak Kampung Pegawai dan merupakan taman permainan yang menggunakan bahan kitar semula untuk membina alat permainan di sini.

DIY Playground

Antara permainan yang terdapat di sini adalah jongkang- jongket, buaian, gelongsor, dan macam-macam lagi mainan hingga mencecah 20 jenis,

Pengunjung boleh beristirehat di taman permainan ini dengan membiarkan anak-anak bermain sambil anda berteduh di bawah pokok.

Taman ini dibuka setiap hari dan tiada bayaran dikenakan.

Pada waktu malam juga kawasan ini masih meriah dengan keluarga yang datang dan ada yang melakukan aktiviti bbq juga di sini.

Alamat
Jalan Syed Abdullah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

5. Hutan Lipur Soga Perdana

Hutan yang berkeluasan 49.3 hektar ini terletak berdekatan dengan Bandar Batu Pahat dengan jarak 3.2 km sahaja.

Hutan Lipur Soga Perdana Batu Pahat Tempat Menarik

Hutan lipur ini sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati alam semula jadi dan melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti berjalan,jogging, dan juga bersantai sahaja.

Kemudahan yang disediakan adalah tandas awam.

Hutan Lipur Soga Perdana dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan tiada caj masuk dikenakan.

AlamatFb /Website
Hutan Lipur Soga Perdana, 83000 Batu Pahat, JohorHutan Lipur Soga Perdana

6. Gabak Kopi Rumah Usang

Penggemar kopi yang berkunjung ke Batu Pahat jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Gabak Kopi Rumah Usang.

Gabak Kopi Rumah Usang
Gabak Kopi Rumah Usang

Cafe yang seperti namanya memang berasal dari rumah usnag yang diubah suai menjadi cafe kopi mengikut trend dan fotogenik untuk menarik pengunjung datang menikmati kopi dan makanan di sini.

Makanan melayu dan western adalah antara pilihan makanan yang disediakan di sini.

Cafe ini dibuka pada pukul 2 petang hingga 10 malam pada setiap hari dan ditutup pada hari rabu.

AlamatFb/ Website
3, Jalan Zamrud 1, Taman Dagang, 83000 Batu Pahat, JohorGabak Kopi Rumah Usang

7. Street Art Batu Pahat

Mural sudah tarikan utama sehingga mencetuskan trend street art di banyak negeri di Malaysia termasuk juga di Bandar Batu Pahat, Johor.

Street Art Batu Pahat

Kebanyakan pengunjung terutamanya anak muda pasti akan tertarik dengan pelbagai mural di sekitar pasar pagi, pasar awam dan kawasan laman komuniti Batu Pahat.

Mural-mural di sini banyak menggambarkan tentang makanan dan menggunakan warna yang terang dan ceria bagi menaikkan seri bangunan lama di kawasan itu.

Pengunjung boleh berswafoto kerana kawasan ini semestinya dalam bucket list instaworthy anda.

AlamatFb/Website
NO K1 LAMAN KOMUNITI, DATARAN, 83000, 83000 Batu Pahat, Johortourismjohor.my

8. Senta Adventure Camp

Pengunjung yang gemar akan percutian penuh aktiviti yang mencabar boleh menetap di Senta Adventure Camp.

Senta Adventure Camp
Senta Adventure Camp

Kawasan camp ini berkeluasan 5 ekar menawarkan 18 obstacle course, 21 jenis high rope, zip line sepanjang 200 meter, rock climbing, dan macam-macam lagi.

Satu lagi tarikan di sini adalah paya bakau sebesar 10 ekar yang tidak tercemar.

Anda boleh melayari laman facebook rasmi Senta Adventure Camp untuk mendapatkan lebih maklumat dan harga promosi.

AlamatFb/ Website
PTD 4523 Batu, 5, Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, JohorSenta Adventure Camp

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment