Semakan keputusan biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Dermasiswa B40 telah diumumkan pada 2 September 2020 mulai jam 5.00 petang.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan dan cara membuat rayuan bagi yang tidak berjaya.

Semakan Keputusan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2020
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di pelbagai bidang yang ditetapkan.
Semakan keputusan biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Tahun (PIDN) 2020 boleh dibuat mulai 2 September 2020 (Rabu) jam 5.00 petang.
Bagi yang telah membuat permohonan, berikut adalah cara membuat semakan:
- Sila ke pautan berikut untuk membuat semakan keputusan PIDN JPA secara online: https://esilav2.jpa.gov.my/.
- Untuk log masuk, sila gunakan kata laluan yang sama seperti semasa permohonan tajaan dilakukan.
- Untuk makluman lanjut mengenai program ini atau sebarang pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menyemak keputusan permohonan, sila hubungi talian atau emel ke penawaranlsp@jpa.gov.my.
Semakan Keputusan Dermasiswa B40
Program Dermasiswa B40 ini menawarkan penajaan pengajian bagi keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan pengajian secara kaedah dermasiswa bagi membantu pelajar-pelajar dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Semakan keputusan biasiswa JPA bagi Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 boleh dibuat mulai 2 September 2020 (Rabu) jam 5.00 petang.
Bagi yang telah membuat permohonan, berikut adalah cara membuat semakan:
- Sila ke pautan berikut untuk membuat semakan keputusan Dermasiswa B40 secara online: https://esilav2.jpa.gov.my/.
- Untuk log masuk, sila gunakan kata laluan yang sama seperti semasa permohonan tajaan dilakukan.
- Untuk makluman lanjut mengenai program ini atau sebarang pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menyemak keputusan permohonan, sila hubungi talian atau emel ke penawaranlsp@jpa.gov.my.
NOTA PENTING:
Pelajar yang BERJAYA ditawarkan penajaan PIDN atau Dermasiswa B40 boleh memilih untuk menghantar dokumen di pusat serahan PALING HAMPIR dengan pelajar selewat-lewatnya pada 4 September 2020.
Senarai pusat serahan dan tarikh boleh dirujuk di eKeputusan.
Baca juga : Permohonan Skim Bantuan Jayadiri (Lembaga Zakat Negeri Kedah)
Rayuan
Rayuan penajaan PIDN atau Dermasiswa B40 boleh dibuat pada tarikh berikut:
2-8 September 2020
Keputusan rayuan ini akan dijangka akan diumumkan pada Oktober 2020.
Baca juga : PKSK: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 Dan 4
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang kemusykilan, sila rujuk portal rasmi JPA untuk maklumat lanjut
ATAU
Hubungi talian am JPA di nombor telefon 03-8885 3049
ATAU
Sila ajukan soalan anda melalui media sosial JPA yang berikut
i) Laman Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
ii) Twitter JPA