Permohonan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018

Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) melalui portal rasminya, esilav2.jpa.gov.my menawarkan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018.

Biasiswa ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel UK.

Bagi calon yang merupakan kakitangan Kerajaan, pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel United Kingdom Tahun 2018.

Syarat Permohonan Biasiswa Komanwel United Kingdom

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa tarikh tutup permohonan
  • Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1 Januari 2018
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85%  bg tepoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut (2014, 2015 & 2016)
  • Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
  • Telah mengistiharkan harta
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA
  • Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 1 Disember 2017)
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas
  • Tidak mendapat penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti
  • Mengikut pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

Tatacara Permohonan

  1. Tanggungjawab PegawaiPegawai-pegawai yang berminat hendaklah.
    •  mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal eSila JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my
    • mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web UK Commonwealth Scholarships melalui pautan berikut:
      Calon Ph.D
      Calon Sarjana

Tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 22 Februari 2018.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan atau hubungi nombor telefon 03-88853546.

Makluman, pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan.

Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan.

Leave a Reply