BKM 2022: Semakan Status Pembayaran Fasa 4 Mulai 15 November

Penerima Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat semakan pembayaran bagi Fasa 4 yang akan  dibayar secara berperingkat mulai 15 November 2022.

BKM ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang disalurkan olej kerajaan kepada penerima meliputi isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal yang layak.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat daripada golongan B40 dan M40.

Bagi fasa 4, setiap penerima akan menerima pembayaran sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kelayakan Penerima

Status perkahwinan, pendapatan dan kelayakan penerima untuk penerima BKM ini adalah seperti berikut:

Jumlah Bayaran

Penerima akan menerima jumlah bayaran seperti berikut:

i) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Penerima berumur 59 tahun dan ke bawah

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Penerima berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak) –Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak-Penerima berumur 59 tahun dan ke bawah

vi) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak-Penerima berumur 60 tahun dan ke atas

Semakan Status Pembayaran

Untuk menyemak status pembayaran, semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bkm.hasil.gov.my/.
  2. Login sistem MyBKM.
  3. Klik bahagian “Semakan Status.”
  4. Klik butang “Maklumat Bayaran.”

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 4, sila layari laman web https://bkm.hasil.gov.my/.

Leave a Comment