Bonus Tabung Haji 2016-2017: Hibah Tahunan 4.25%, Hibah Haji 1.5%

Berapa bonus Tabung Haji 2016-2017? Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengisytiharkan pembayaran Hibah Pendeposit Tahunan TH sebanyak 4.25% dan Hibah Haji sebanyak 1.50% kepada pendeposit yang layak bagi tahun kewangan 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jumaat berkata kesemuanya melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion.

Hibah Tahunan adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah Haji adalah “hadiah khas” yang diberikan kepada pendeposit TH yang masih belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

Siapa Yang Layak Terima Bonus Tabung Haji 2016-2017?

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2016, layak menerima bonus tahunan Tabung Haji tahun 2016 pada kadar yang diisytiharkan.

Sekiranya pendeposit menutup akaun sepanjang tahun semasa dan sebelum hibah tahun semasa diisytiharkan, maka kadar yang digunapakai adalah kadar bayaran ehsan yang berasaskan kadar simpanan tetap Perbankan Islam untuk tempoh 6 bulan. Tiada pelarasan akan dibuat selepas pada itu.

Cara pengiraan Hibah Tahunan TH 2016 adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan selama 12 bulan dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan. Kiraan: Baki purata minima bulanan X 4.25% (Januari-Disember 2016/12 Bulan) X 4.25%.

Manakala bagi semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2016 dan belum pernah menunaikan haji layak menerima hibah haji tahun 2016.

Cara pengiraan hibah haji adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan selama 12 bulan dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kadar kelayakan maksima adalah purata baki minima bulanan sehingga RM9,980 (terhad kepada bayaran haji semasa). Kiraan: Baki purata minima bulanan X 1.50% (Januari-Disember 2016/12 Bulan) X 1.50%.

Semakan Bonus Tabung Haji 2016-2016

Bonus Tabung Haji boleh disemak bermula Isnin, 6 Februari 2016.

Tentang Tabung Haji

Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 cetusan idea daripada Prof Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid bertujuan untuk

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Leave a Comment