Jika anda mempunyai akaun myBSN atau telah daftar BSN online, anda boleh menjimatkan masa untuk melakukan pelbagai perkhidmatan perbankan melalui internet.
Portal internet ini membolehkan hampir segala urusan perbankan daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi boleh dilakukan secara online sahaja tanpa perlu keluar dan berurusan di kaunter mahupun mesin ATM.
Berikut adalah cara daftar BSN online atau myBSN untuk memudahkan anda semak bayaran BPN 2.0 tak lama lagi.

Cara Daftar BSN Online Untuk ‘First Time User’
Pertama sekali, pastikan anda telah mempunyai akaun BSN yang sah sebelum menggunakan perkhidmatan myBSN atau BSN online banking.
Anda juga perlu mengemaskini nombor telefon terkini sebelum daftar MyBSN online.
Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti langkah berikut untuk mendaftar:
- Layari laman web rasmi myBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/
- Pada tab di sebelah kanan atas skrin, klik pada butang Daftar/Demo untuk daftar BSN online.
- Baca terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN dan klik Accept untuk meneruskan pendaftaran.
- Pada laman seterusnya, isikan maklumat dalam bahagian yang ditandakan sebagai *Mandatory Field iaitu:
- nombor kad kredit/debit
- nombor pin kad (untuk kad debit sahaja)
- CVV2 (tiga digit terakhir yang tertera pada belakang kad kredit/debit)
- tarikh luput kad kredit/debit
- Tekan butang Next setelah selesai.
- Di halaman seterusnya, masukkan Username yang ingin digunakan beserta kata laluan pada ruangan Password
- Masukkan juga kod OTP, di mana kod ini boleh diperoleh dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu.
- Seterusnya, pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan, dan anda dinasihatkan untuk menukar gambar Online anda ini setiap bulan.
- Setelah selsai, anda akan menerima pengesahan pendaftaran.
- Login semula untuk mengakses akaun myBSN anda.
- Kemaskini maklumat dan kini anda boleh melakukan urusniaga secara online!
Cara Login BSN Online Untuk Pengguna Berdaftar
Jika anda telah berdaftar, sila login myBSN mengikut langkah berikut:
- Layari https://www.mybsn.com.my/ untuk membawa anda ke laman web rasmi MyBSN
- Lihat ke sebelah kanan atas skrin dan klik butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
- Masukkan Username dan Password yang telah didaftarkan.
- Jika terlupa Password, sila klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.
- Jika anda terlupa Username atau mengalami masalah untuk Login BSN online, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari.
Baca juga : Semakan Daftar Pemilih Online MYSPR Dan Cara Tukar Lokasi Mengundi
Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh myBSN Online Banking
i) Pemindahan Dana
Had maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.
Tiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.
Berikut adalah jadual transaksi untuk pemindahan wang ‘IBG Fund Transfer’.
- Isnin – Jumaat sebelum 5.00 am: Wang akan dikreditkan ke bank tersebut pada hari yang sama selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm.
- Isnin – Jumaat selepas pukul 5.00 pm: Wang akan dikreditkan pada keesokkan hari selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm.
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Wang akan dikreditkan pada hari bekerja.
ii) Lihat Rekod Transaksi
Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan.
Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’.
Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.
iii) Pembayaran Bil
Pembayaran Bil membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.
Had maksimum harian untuk transaksi Pembayaran Bil ialah RM3,000.00.
iv) Pembelian PIN
Pembelian PIN UPU online boleh dilakukan melalui myBSN.
Ia boleh dibeli untuk diri sendiri atau orang lain dengan hanya memasukkan nombor Kad Pengenalan pelajar/calon.
v) Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP)
SSP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik setiap tahun.
Anda perlu semak dan sahkan alamat anda sebelum meneruskan pembelian SSP.
Baca juga : Semakan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2020
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/
Sekiranya ingin mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak myBSN di talian 1300-88-1900.
ATAU
Sila hantarkan mesej melalui laman sosial BSN di saluran berikut
- Facebook: https://www.facebook.com/BSNMalaysia/
- Twitter: https://twitter.com/bsnmalaysia