Panduan 7 Cara Mengundi PRU14 Ketika Dalam Bilik Mengundi

Walaupun tarikh PRU14 belum diumumkan secara rasmi, tapi sebagai pengundi/pemilih kita seharusnya ambil tahu cara mengundi ketika dalam bilik mengundi.

Berikut kami kongsikan info daripada Suruhanjaya Pilihan Raya tentang proses cara mengundi PRU14 yang boleh anda jadikan panduan.

Cara Mengundi PRU14

Sebelum dibenarkan masuk, pengundi diminta beratur di pintu masuk bilik mengundi sebelum dibenarkan masuk oleh polis.

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal pintu masuk
  2. Serahkah MyKad atau dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih.
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
  7. Keluar segera dari tempat undi.

Semua proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang bertugas.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan ketika proses pengundian, sila rujuk kepada ketua tempat mengundi.

Proses Pengundian PRU14

Berikut infografik dari SPR tentang proses pengundian Pilihan Raya Umum kali ini.

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang ini, anda boleh hubungi nombor tertera iaitu 03-8885 6565 (SPR).

Perlu diingatkan; “UNDI ADALAH RAHSIA”

cara mengundi pru14

Bagi anda yang belum daftar sebagai pemilih, anda boleh berbuat demikian di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain itu, anda juga boleh daftar pemilih di

  • Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
  • Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
  • Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
  • Tempat-tempat awam seperti pasar malam,pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR

Kami akan kemaskini bila tarikh PRU14 dari semasa ke semasa.

Leave a Comment