Permohonan Pembiayaan Perumahan Penjawat Awam LPPSA

Penjawat awam di Malaysia boleh memohon pembiayaan perumahan menerusi pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.

Peranan utama lembaga ini adalah seperti berikut:

  • Menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767).
  • Menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
  • Melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767.

Jenis Pembiayaan

Jenis pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Jenis 1: Membeli Rumah atau Petak Rumah Kediaman yang Telah Siap
  • Jenis 2: Membina Rumah di atas Tanah Sendiri
  • Jenis 3: Membeli Rumah atau Petak Rumah Kediaman dalam Pembinaan
  • Jenis 4: Membeli Tanah dengan Tujuan Membina Rumah
  • Jenis 5: Menyelesaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan
  • Jenis 6: Membina Rumah di atas Tanah Pemohon yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan
  • Jenis 7: Membuat Kerja Ubahsuai Rumah atau Petak Rumah Kediaman

Kategori Pemohon

Pemohon yang boleh memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Anggota Perkhidmatan Awam
  • Pasukan Polis
  • Angkatan Tentera
  • Pekerja Badan Berkanun
  • Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Persekutuan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi
  • Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • Anggota Dewan Undangan Negeri

Cara Memohon

Untuk memohon pembiayaan menerusi lembaga ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/.
  2. Klik ‘Daftar Di Sini.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan dan buat permohonan sehingga tamat.

Carta Alir Proses Pembiayaan

Carta alir pembiayaan ini adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembiayaan LPPSA, sila layari laman web https://myfinancing.lppsa.gov.my/.

Leave a Comment