Cara Semak CCRIS Online Sebelum Nama Anda Blacklist

Berikut dikongsikan cara semak CCRIS online. Semakan wajib dibuat oleh setiap rakyat Malaysia yang mahu membuat pinjaman terutama pinjaman perumahan.

Panduan ini dikongsikan oleh saudara Harith Faisal yang seorang yang pakar dalam bidang hartanah. Anda boleh ikuti Facebook beliau di sini.

Bagi penjawat awam, anda boleh membuat semakan harga rumah melalui portal JPPH.

Pentingnya Laporan CCRIS

Laporan CCRIS sangat penting untuk dijadikan panduan pihak bank sama ada anda mempunyai rekod pembayaran hutang yang baik atau sebaliknya.

Peminjam PTPTN secara automatik akan mempunyai rekod CCRIS! Selain itu, hutang-hutang ini juga termasuk dalam CCRIS:

  1. Pembiayaan peribadi daripada bank
  2. Kad kredit
  3. Pembiayaan pembelian kenderaan
  4. Pembiayaan kereta
  5. Pembiayaan perniagaan daripada bank

Jika rekod CCRIS anda semua nombor 0, 0, 0, 0, 0 – maksudnya anda tiada apa-apa tunggakan. Semua hutang dibayar cantik.

Kewangan yang tidak baik pula rekodnya begini – ada nombor 1, 2, 3, 4. Nombor 1 pada item Car Loan bermaksud hutang kereta anda tertunggak sebulan.

Untuk yang berhajat nak beli rumah, pastikan laporan CCRIS anda berada dalam tahap yang memuaskan dalam tempoh 6 bulan ke belakang.

Laporan CCRIS juga memberitahu berapa pinjaman yang anda sudah buat dan berapa baki hutang dengan bank.

Cara Membuat Semakan CCRIS Online

Terdapat beberapa web yang menyediakan perkhidmatan semakan CCRIS online. Antaranya:

  • CTOS: RM26.50 (termasuk GST)
  • CBM: RM10.60 (termasuk GST)
  • RAMCI: RM10.00 (termasuk GST)
  • BNM: Percuma (walk in)

Untuk panduan ini, kami akan berkongsi bagaimana cara semak CCRIS online menggunakan web RAMCI.

1 – Daftar RAMCI

Sila daftar sebagai pengguna di web https://www.mycreditinfo.com.my/ sebelum menggunakan platform ini. Username adalah nombor kad pengenalan anda.

cara semak ccris online

2 – Isi butiran lengkap

Sila isi maklumat yang diminta termasuk nama penuh, nombor IC, emel dan sebagainya.

3 – Request OTP code

Jangan lupa untuk request OTP code yang dihantar secara SMS melalui nombor telefon yang anda daftar tadi.

semak ccris online

4 – Jawab security question

Anda wajib jawab security question terlebih dahulu. Sila pilih yang berkaitan dan senang untuk anda ingin. Ianya penting untuk pengesahan sekiranya anda terlupa kata laluan nanti.

Lepas siap klik “SUBMIT”

5 – Dapatkan laporan CCRIS anda

Selesai pendaftaran. Anda kini boleh dapatkan laporan CCRIS anda pada harga serendah RM10 sahaja.

Klik pada “Buy Now” anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Sila pilih jenis pembayaran sama ada CIMB Clikcs atau Maybank.

Selesai pembayaran anda kini boleh download laporan CCRIS anda seperti di bawah:

contoh laporan ccris

Leave a Comment