Cuti Awal Muharram 2017 Tukar Tarikh Dari 21 Ke 22 September

Cuti Awal Muharram 2017 ditukar tarikh dari 21 September ke 22 September.

Mengikut kalender cuti bulan September, perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.

Cuti Awal Muharram 2017

cuti awal muharram 2017

Cuti Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan cuti umum di Malaysia bertujuan bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Terdapat beberapa amalan hari terakhir tahun hijrah dan awal 1 Muharram yang boleh kita buat sebagai umat Islam. Antaranya:

Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam

“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Qiamullail

  • Bersolat sunat – Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
  • Membaca Al-Quran.
  • Berzikir.

Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

Doa Awal Muharam

Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali.

Doa Akhir Tahun

doa akhir tahun

Doa Awal Tahun

doa awal tahun

Doa Awal Muharram

doa awal muharram

Semoga cuti Awal Muharram ini disambut dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Jadikan amalan ini sebagai titik mula kehidupan baru kita pada tahun baru Hijriah 1439 H.

Kredit Shafiqolbu

Leave a Comment