Kalender Cuti September 2017: Hanya Kerja 16 Hari Sahaja

Meriah betul cuti September 2017. Bermula dari 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Negara, disambung pula 1 September sempena Hari Raya Haji, kemudian disambung Isnin 4 September sempena kemenangan besar Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2017.

Berikut kami kongsikan senarai cuti yang berlaku pada bulan September ini.

Kemaskini baca juga Kalendar 2018: Cuti Umum dan Hari Kelepasan Am 2018

Cuti September 2017

cuti september 2017

Sempena negara menjuarai Sukan SEA XXIX di Kuala Lumpur, Kerajaan telah isytiharkan cuti am pada Isnin, 4 September 2017 di seluruh negara mengikut seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951. Bagi Sabah dan Sarawak, ia diselaraskan mengikut Ordinan masing-masing.

Tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai 2017 kepada Sabtu, 9 September 2017.

Perubahan tarikh cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun 2017 dari 21 September 2017 (Khamis) ke 22 September 2017 (Jumaat). Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

TarikhHariCutiNegeri
1 SepJumaatHari Raya HajiSemua Negeri
2 SepSabtuHari Raya Haji Ke-2Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
4 SepIsninCuti Sep 4 (Sukan SEA)Semua Negeri
9 SepSabtuHari Keputeraan YDP AgongSemua Negeri
9 SepSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak
16 SepSabtuHari MalaysiaSemua Negeri
17 SepAhadCuti Hari MalaysiaJohor, Kedah, Kelantan
& Terengganu
22 SepJumaatAwal MuharramSemua Negeri

Peruntukan tarikh cuti umum di Malaysia ditadbir oleh pelbagai undang-undang persekutuan dan negeri. Contoh:

  • Akta Hari Kelepasan 1961
  • Ordinan Buruh atau Ordinan Cuti Umum Negeri

Jikalau cuti umum jatuh pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat), maka hari itu menjadi hari cuti. Pekerja and pelajar secara amnya tidak perlu menghadiri kerja ataupun sekolah (pekerja di sektor runcit dan sektor makanan dan minimuman biasanya masih bekerja pada cuti umum kerana pusat membeli-belah dan kebanyakkan perkhidmatan masih beroperasi).

*Tertakluk kepada perubahan

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh rujuk takwim cuti sekolah 2017.

Leave a Comment