Dana Didik Johor 2023: Caruman Kelahiran Baru RM100

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Johor.

Dana Didik Johor adalah inisiatif tabungan pendidikan awal anak-anak Johor yang disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor.

Program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2023 untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan.

Oleh itu, bayi yang lahir pada 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023 di Negeri Johor adalah dialu-alukan untuk memohon dana ini.

Jumlah Caruman

Jumlah caruman yang akan diberikan adalah berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor
  2. Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 1 Januari 2023.
  3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.

Untuk makluman, ibu dan bapa merujuk kepada ibu dan bapa yang dinyatakan dalam Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Isi maklumat permohonan di pautan https://bit.ly/3WVroAF.
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime https://drive.google.com/file/d/151wSwA8BaAP4VmRHYpIfwGLBFD9O5wUb/view.
  2. Salinan sijil kelahiran bayi.
  3. Salinan slip gaji ibu dan bapa.
  4. Borang pengesahan pendapatan (jika ibu atau bapa tiada slip gaji/tidak bekerja) https://drive.google.com/file/d/1sxPtRJ3I8Lb9l4xPIf2yqI27KosW4gUj/view?usp=share_link.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Dana Didik Johor, sila hubungi 07-2344355/019-7397355.

Leave a Comment