Negaraku.co mengambil berat tentang hak privasi anda. Oleh yang demikian, kami berikrar untuk bertanggungjawab apabila mengumpulkan maklumat peribadi anda dan untuk melindungi privasi anda dalam apa jua cara. Dasar Privasi ini bukanlah kontrak dan tidak memberikan sebarang hak undang-undang, namun ia digunakan sebagai penyataan komitmen kami untuk melindungi maklumat peribadi yang sulit.

Harus diingati bahawa Negaraku.co berhak untuk menukar, meminda dan/atau mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan akan memaklumkan pengguna tentangnya dengan mengemas kini dasar ini di sini dan memasukkan label ‘BARU DIKEMAS KINI’ dengan pautan ‘DASAR PRIVASI’ di laman-laman web yang dikawal oleh dasar ini untuk tempoh 30 hari.

Notis privasi ini bertujuan untuk menjawab soalan anda mengenai sumber-sumber dan jenis maklumat yang dikumpulkan oleh Negaraku.co, cara ia digunakan, bila ia mungkin dikongsi dengan orang lain, dan bagaimana kami melindungi kerahsiaan dan keselamatannya. Kami juga menyediakan cara-cara untuk membetulkan data yang anda berikan kepada kami dan opsyen untuk mengehadkan perkongsian data ini dengan pihak ketiga yang berdaftar dengan Negaraku.co.

Notis privasi ini juga sah untuk semua pengguna laman web Negaraku.co di www.negaraku.co.

Pengumpulan maklumat

Kami mengumpul maklumat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pelawat blog Negaraku.co. Kami mengumpulkan maklumat pelanggan dari banyak sumber untuk memahami permintaan sedia ada dan baru, memenuhi permintaan ini serta menyediakan dan mengkhususkan perkhidmatan kami. Cara pengumpulan maklumat, antara lainnya, termasuklah:

  • daripada anda; ketika anda dengan sukarelanya memberikan maklumat tersebut kepada kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami;
  • daripada pelayar internet anda, ketika anda melawat laman web kami dan pelayar anda berinteraksi dengan kami;
  • daripada sumber-sumber lain dan pautan yang berkaitan dengan penyediaan keperluan dan khidmat pengangkutan dan/atau penginapan anda;
  • daripada anda apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial.

Maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Nama, alamat dan nombor telefon
  • Alamat e-mel, nombor faks dan nombor telefon bimbit atau akaun media sosial

Kami juga mengumpulkan maklumat anda ketika anda membuat atau menghantar permohonan kerja melalui laman web rasmi kami di www.negaraku.co.

Penggunaan maklumat yang dikumpulkan

Secara amnya, kami menggunakan maklumat anda untuk tujuan pentadbiran seperti memproses, mengesahkan, memenuhi serta melengkapkan transaksi dan permintaan anda untuk perkhidmatan kami. Sekiranya terdapat pemindaan, kami akan menggunakan maklumat yang dibekalkan semasa anda membuat tempahan di laman web rasmi kami di www.negaraku.co.

Perkongsian maklumat yang dikumpulkan

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Negaraku.co melainkan dalam salah satu keadaan yang berikut:

Dengan Keizinan Anda

Kami akan berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Negaraku.co apabila kami mendapatkan keizinan anda untuk berbuat demikian. Kami memerlukan kebenaran memilih masuk untuk perkongsian sebarang maklumat peribadi yang sensitif.