Bajet 2018

DFTZ: Apa Rakyat Perlu Tahu Tentang Zon Perdagangan Bebas Digital

Dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan RM83.5 juta untuk membangunkan infrastruktur fasa 1 DFTZ atau Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone).

DFTZ mula beroperasi pada 3 November lalu setelah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma.

Berikut antara maklumat penting apa yang anda perlu tahu tentang DFTZ.

Apa Itu DFTZ?

dftz

DFTZ merupakan suatu inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan.

DFTZ merupakan persedian untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan sama seperti konsep yang diguna pakai oleh Alibaba.

DFTZ mempunyai tiga komponen utama iaitu:

  • eFulfilment Hab: Membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengeksport barangan mereka dengan mudah.
  • Hab Perkhidmatan Satelit: Menghubungkan PKS dengan syarikat terkemuka yang menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan, pemenuhan mil akhir, insuran dan perkhidmatan lain yang penting dalam e-dagang.
  • Platform eServis: Menguruskan pelepasan kargo dengan cekap dan proses lain yang diperlukan dalam perdagangan rentas sempadan.

Antara objektif utama DFTZ adalah untuk memudahkan perusahaan SME mengeksport barangan mereka ke luar negara.

Selain itu, DFTZ juga membantu golongan seperti:

  • Pemilik jenama global yang ingin menubuhkan hab serantau untuk disampaikan kepada pelanggan ASEAN.
  • Pasaran untuk mencari sumber dan menggunakan Malaysia sebagai hab.
  • Pembekal perkhidmatan tempatan dan global

Lokasi DFTZ Malaysia

Pusat eFulfilment pertama DFTZ bertempat di KLIA Aeropolis.

Pusat Perkhidmatan Satelit pertama DFTZ, Bandaraya Kuala Lumpur Internet City (KLIC) akan ditempatkan di Bandar Malaysia.

Melalui kewujudan DFTZ, eksport PKS dijangka akan ditingkatkan sebanyak USD 38 bilion dan penjanaan lebih daripada 60,000 pekerjaan baru dijana menjelang 2025.

Tonton video pecah tanah DFTZ Malaysia yang pertama di bawah:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi Digital Free Trade Zone.

Leave a Reply