Pendidikan

Diskaun PTPTN 15% – Kaedah Mendapat Pemberian Diskaun 15 Peratus

Berikut merupakan kaedah mendapat pemberian diskaun PTPTN 15% yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini.

Tawaran diskaun ini hanya sah kepada peminjam yang membuat bayaran balik sepanjang tempoh bermula 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

Terdapat tiga insentif yang melibatkan bayaran balik pinjaman PTPTN sepanjang tempoh tersebut iaitu:

  1. Insentif diskaun 15 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman
  2. Insentif diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  3. Insentif diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan

Insentif PTPTN ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016.

Dalam Bajet 2017, ada tiga insentif yang melibatkan bayaran balik pinjaman PTPTN iaitu insentif diskaun PTPTN 15% diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017.

Kedua, insentif diskaun PTPTN 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan ketiga, insentif diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan. Ketiga-tiga insentif ini berkuat kuasa pada 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

Diskaun 15 peratus diberikan kepada peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

Namun, hanya peminjam yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman layak untuk mendapat insentif ini.

Selain itu, transaksi bayaran hendaklah diterima PTPTN dalam bulan yang sama. Oleh itu peminjam dinasihatkan membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.

Kaedah Mendapat Pemberian Diskaun PTPTN 15%

diskaun ptptn 15%

Untuk mendapatkan diskaun 15 peratus ini, peminjam perlu membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman dalam tempoh 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

Sebelum itu, peminjam perlu mendapatkan pengesahan keseluruhan baki hutang pinjaman daripada pihak PTPTN melalui saluran yang disediakan.

Secara online peminjam boleh ke Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) melalui Ruangan Bajet 2017: Permohonan Pengesahan Baki. Peminjam perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman. Untuk mendapatkan nombor pinjaman, sila hubungi  Careline PTPTN 03-2193 3000.

Setelah memperoleh maklumat baki hutang, peminjam boleh membuat pembayaran berdasarkan baki hutang pinjaman di semua saluran atau kaedah bayaran balik PTPTN yang telah disediakan termasuk bayaran secara online seperti perbankan internert, myPay, JomPAY dan sebagainya.

Setelah peminjam membuat bayaran bagi penyelesaian penuh pinjaman, Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan mulai 5 hari bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15 peratus diselesaikan.

Leave a Reply