Ultimate magazine theme for WordPress.

Pengumuman dividen ASB, ASN tahun 2017

0

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun 2017 melalui portal rasminya http://www.pnb.com.my/.

Dividen Amanah Saham Berhad (ASB)

Pengagihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah sebanyak 7.00 sen seunit, bonus 0.25 sen seunit dan Bonus Khas Ulang Tahun PNB Ke-40 sebanyak 1.00 sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Jumlah pengagihan dividen sebanyak RM10.7 bilion akan dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih daripada 145.6 bilion unit dalam ASB. Sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit akan mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen.

Pengumuman ini disambut baik kerana pada tahun ini, PNB mengumumkan Bonus Ulang Tahun sebanyak 1.0 sen seunit bagi pegangan 10,000 unit pertama sahaja. Bagi jumlah Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit dan Bonus seunit, tiada perubahan jika dibandingkan tahun 2017 dan 2016. Jumlah masing-masing untuk kedua-dua tahun ialah 7.25 sen seunit

Dividen dan bonus bagi ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018. Manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkn pada 1 Mac 2018.

Dividen Amanah Saham Nasional (ASN)

Bagi tabung unit amanah harga berubah pertama, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN), ASNB telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit, iaitu hasil dividen sebanyak 5.0% yang menyumbang kepada Jumlah Pulangan Tahunan sebanyak 15.0% setakat 21 Disember 2017. Jumlah pendapatan sebanyak RM69.4 juta akan dimanfaatkan oleh 1.2 juta pemegang unit dengan 1.9 bilion unit dalam dana itu. Setakat 30 November 2017, ASN mencatat pendapatan bersih sebanyak RM72.65 juta. Prestasi yang lebih kukuh ini adalah selari dengan fokus PNB untuk memberi pulangan seimbang melalui pelaburan dalam ekuiti dan pendapatan tetap. Ia juga selari dengan strategi PNB menjana Pulangan Keseluruhan kepada pemegang unit bagi dana harga berubah.

Dividen bagi ASN akan dikreditkan pada 2 Januari 2018.

Anda boleh daftar dan semak ASB secara online melalui portal rasmi Amanah Saham Nasional Berhad https://www.myasnb.com.my/.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.pnb.com.my/ .

Leave A Reply

Your email address will not be published.