e-Lembaga Peperiksaan: Mohon Sijil Peperiksaan Yang Hilang

Inidividu yang kehilangan sijil peperiksaan mereka, mereka boleh membuat permohonan untuk mendapatkan yang baharu menerusi e-Lembaga Peperiksaan.

e-Lembaga Peperiksaan ialah sistem secara online yang diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan tuntutan sijil peperiksaan baharu yang hilang.

Menariknya, individu yang membuat permohonan akan memperoleh semula sijil peperiksaan mereka melalui pos yang dihantar terus ke rumah mereka.

Permohonan Sijil Peperiksaan

Terdapat beberapa sijil peperiksaan yang boleh dipohon iaitu:

  • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  • Malaysia Certificate of Education (MCE)
  • Lower Certificate of Education (LCE)

Bayaran Dikenakan

Bayaran yang akan dikenakan adalah RM30 tidak termasuk kos penghantaran.

Bayaran untuk kos penghantaran pula adalah sebanyak RM10.

Tempoh Pengeluaran

Tempoh pengeluaran sijil peperiksaan yang dipohon adalah seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994- 1 jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993- 7 hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998- 1 jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997- 7 hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan- 7 hari bekerja

Cara Memohon

Untuk permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://elp.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun.
  4. Kemudian, klik butang ‘Daftar.’
  5. Buat pengesahan email dan log masuk.
  6. Klik bahagian ‘Salinan Keputusan.’
  7. Klik butang ‘+’ di atas kanan.
  8. Pilih jenis peperiksaan dan klik butang ‘Cari.’
  9. Pilih tahun peperiksaan.
  10. Buat pengesahan permohonan serta pengakuan.
  11. Klik butang ‘Mohon’ untuk menghantar permohonan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu http://lp.moe.gov.my/index.php.

Leave a Comment