E-Prasekolah: Semakan Keputusan Prasekolah KPM 2019

Seperti tahun lepas, semakan keputusan Prasekolah KPM bagi tahun 2019 boleh dibuat bermula 5 Ogos melalui portal rasmi e-Prasekolah.

Bagi ibu bapa yang membuat permohonan secara manual di sekolah, semakan boleh dibuat di sekolah yang dipohon.

Tarikh akhir semakan adalah pada 20 Ogos 2018.

Sebelum itu, berikut adalah syarat kemasukan prasekolah KPM bagi tahun 2019.

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak untuk memohon.

Untuk makluman, permohonan telah pun ditutup 30 April lalu.

Rayuan Permohonan Prasekolah 2019

eprasekolah semakan permohonan prasekolah 2018

Sekiranya permohonan anak anda untuk memasuki prasekolah KPM 2018, ibu bapa boleh mengemukakan permohonan rayuan secara online melalui portal https://eprasekolah.moe.gov.my.

Bagi permohonan secara manual rayuan boleh dikemukakan melalui sekolah yang dimohon atau Pejabat
Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi
negeri yang tiada PPD/PPW.

Baca juga: Kalendar Cuti Umum 2018

Manual Pendaftaran E-Prasekolah Secara Online

Berikut adalah manual pendaftaran ke sistem permohonan e-Prasekolah KPM 2019 seperti yang dikongsikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Proses permohonan secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari laman sesawang e-Prasekolah di sini
  2. Daftar sebagai pengguna
  3. Log masuk
  4. Klik borang permohonan prasekolah
  5. Lengkapkan maklumat
  6. Pilih sekolah yang ingin dipohon
  7. Pengesahan permohonan oleh ibu/bapa
  8. Hantar permohonan dalam talian
  9. Cetak permohonan
  10. Hantar cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon
  11. Semak keputusan prasekolah KPM secara online

Manakala proses permohonan secara manual lebih ringkas iaitu:

  1. Ambil borang permohonan di sekolah yang ingin dipohon
  2. Lengkapkan borang permohonan
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan
  4. Hantar borang beserta dokumen ke sekolah yang dipohon
  5. Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon

Ibu bapa juga boleh download manual permohonan kemasukan ke prasekolah KPM di sini.

Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah

Seperti yang dimaklumkan, semakan keputusan prasekolah 2018 boleh dibuat bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018.

Semakan boleh dibuat sama ada secara online atau manual di sekolah yang dipohon.

Jika permohonan gagal, ibu/bapa boleh membuat rayuan semula dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai
10 September 2017 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu
bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu sistem yang dipanggil ePrasekolah bertujuan untuk memudahkan ibu/bapa membuat permohonan, semakan dan rayuan prasekolah KPM. Selain itu, sistem ini juga diguna pakai untuk:

  • Kemaskini maklumat pengguna
  • Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM
  • Semak status pendaftaran murid
  • FAQ/Soalan Lazim

Hanya pengguna yang mendaftar sahaja boleh menggunakan sistem ePrasekolah ini.

Untuk tatacara permohonan dalam talian, anda boleh download manual PDF ini.

Leave a Reply