Berita Semasa Malaysia

eCCRIS – Mohon CCRIS Secara Online

0

Bank Negara Malaysia (BNM) dengan inisiatifnya, eCCRIS membolehkan pemohon memohon laporan CCRIS secara talian.

Apa itu CCRIS?

Central Credit Reference Information System (CCRIS) ialah laporan pinjaman atau kredit anda kepada pihak bank. Sistem ini diseliakan oleh Bank Negara Malaysia. Salah satu kegunaan laporan CCRIS ialah untuk pembelian rumah.

Salah faham berkaitan CCRIS

Ramai beranggapan CCRIS ialah satu rekod senarai hitam yang dikeluarkan oleh pihak bank. Ini adalah tidak benar.

Cara pemohonan eCCRIS

  • Berdaftar di KIOSK CCRIS
    1. Bagi mereka yang belum berdaftar, anda perlu ke KIOSK CCRIS di BNM untuk pendaftaran.Untuk makluman, pendaftaran hanya perlu dilakuka sekali sahaja.
    2. Paparan KIOS akan menunjukkan pemilihan bahasa. Pilih bahasa yang mengikut keselesaan
    3. Pilih ‘eCCRIS’
    4. Pilih ‘Daftar Pengguna’
    5. Masukkan Kad Pengenalan anda. Kemudian buat pengesahan cap jari
    6. Masukkan nombor telefon bimbit anda yang terkini
    7. Semak semula semua maklumat. Pastikan ianya tepat. Jika semakan sudah dibuat dan tiada perubahan perlu dilakukan, pilih ‘Sahkan’
    8. Anda akan menerima mesej pengesahan dari BNM. Di dalam mesej ini, terdapat no PIN yang akan anda gunakan untuk pendaftaran online
  • Masuk ke laman sesawang eCCRIS untuk meneruskan pendaftaran.
    1. Kemudian pilih “First Time Login” atau “Log Masuk Kali Pertama”
    2. Masukkan maklumat yang diminta. Untuk Nationality, pilih ‘Malaysia’. Untuk ID Number, masukkan no Kad Pengenalan anda dan untuk PIN, masukkan no PIN yang anda terima daripada BNM melalui mesej tadi
    3. Kemudian anda perlu daftar User ID, email dan kata laluan.
    4. Selepas pendaftaran berjaya, pergi semula ke https://eccris.bnm.gov.my/ dan daftar masuk.
    5. Selepas daftar masuk, Pilih ‘Enquiry’ dan pilih ‘Self Inquiry-Individual’
    6. Baca dan fahamkan ‘Disclaimer’. Kemudian tandakan ‘I agree’ dan pilih ‘Report Enquiry’

Sumber : Harith Faisal (FB)

Leave A Reply

Your email address will not be published.