Pendidikan

Status Elaun Sara Hidup Pelajar IPG PISMP 2017

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan media memaklumkan tiada elaun pelajar IPG bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bagi ambilan Jun 2018.

Namun begitu, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Bagi pelajar IPG ambilan baharu Jun 2017 (dan ambilan sebelum Jun), elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan akan terus dibayar sepanjang tempoh PPISMP selama setahun. Ini termasuklah belanja tambang balik RM500 setahun.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membolehkan pelajar IPG menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup sepanjang tempoh pengajian di IPG.

elaun sara hidup pelajar ipg

Tentang PPISMP & PISMP

PPISMP merupakan program untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru. Tempoh pengajian PPISMP adalah selama setahun.

Pelajar yang lulus akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum ini, setiap pelajar IPG akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan. Yuran pengajian ditanggung kerajaan sepenuhnya.

Namun untuk pelajar PISMP ambilan Jun 2018, tiada lagi elaun sara hidup.

Syarat Mengikuti Pengajian PPISMP

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu,
    – Sejarah,
    – Lulus Bahasa Inggeris,
    – Lulus satu subjek lain.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Cara Daftar Program PPISMP

  • Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun.
  • Permohonan ke program PPISMP boleh dilakukan secara online menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.
  • Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima.
  • Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).
  • Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Leave a Reply