ePenyata Gaji ANM (Jabatan Akauntan Negara Malaysia) adalah sebuah sistem yang diwujudkan untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan untuk tujuan rekod dan rujukan.
Sistem daftar ini juga secara tidak langsung akan menjimatkan masa, kos, serta menjadikan urusan lebih efisyen.
Baca juga : Biasiswa JPA: Semakan Keputusan, Rayuan PIDN Dan Dermasiswa B40
Pengguna ePenyata Gaji JANM
Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Cara Mendapatkan Maklumat Penyata Gaji Melalui ePenyata Gaji ANM
Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda.
Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda.
Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.
1. Daftar Pertama Kali
Layari laman web https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/.
Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan.
Sebelum mendaftar, pastikan pihak anda mempunyai maklumat seperti berikut:
- No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
- No. Gaji
- Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).
Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:
Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:
- No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)
- No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit – Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM dan diGANTIkan dengan digit ‘8’)
2. Daftar Masuk
Dengan klik butang “Daftar Masuk”, anda akan dapati skrin berikut dibawah dipaparkan.
Sila masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.
3. Kemaskini Profil
Kemaskini untuk mengemaskini profil.
Sila masukkan No H/P, Telco dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
4. Muat Turun Penyata Gaji
Untuk mendapatkan ePenyata Gaji ANM online, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji
Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
i) Penyata Gaji Bulanan
- Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”.
- Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
- Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem.
- Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
- Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
ii) Penyata Pendapatan Tahunan
- Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”.
- Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
- Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
- Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
NOTA:
Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja.
Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.
Adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan sendiri pada masa hadapan.
5. Daftar Keluar
Setelah selesai, klik pada butang ‘Keluar’ sekiranya ingin keluar dari sistem.
Aplikasi ePaySlip JANM
Sistem ePenyata Gaji dan Laporan versi mobile sedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.

ePayslip JANM mobile adalah Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) versi mobile. Ia menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu
- untuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan
- untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja)
- untuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat
- untuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan. Pengguna perlu memasang perisian PDF Reader pada peranti mudah alih masing-masing bagi membolehkan proses muat turun dokumen.
NOTA:
Panduan Pengguna boleh didapati di Halaman Utama ePayslip JANM mobile.
Baca juga : Panduan Permohonan PTPTN Online Dan Cara Semakan
Maklumat Lanjut
Pengguna boleh mengemukakan aduan / pertanyaan / kemusykilan / masalah mengenai Sistem e-Penyata Gaji & Laporan kepada e-mel rasmi Pentadbir Sistem iaitu epayslip@anm.gov.my .
Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan:
- NO.Kad Pengenalan;
- NO. GAJI;
- NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN;dan
- NO.KOD PUSAT PEMBAYAR.
*Maklumat di atas boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.
ATAU
Sila hubungi Jabatan Akauntan Negara Malaysia di talian 03-8882 1000.