Mulai 1 Disember 2017, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian.
Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 masih diterima sehingga 28 Februari 2018.
Namun mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja.
Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi.
Log In Sistem eRas 2.0
Untuk login ke sistem eRAS 2.0, sila layari https://eras.moe.gov.my/
Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan baru, antaranya:
- Penyelidikan tidak melibatkan murid kelas peperiksaan.
- Penyelidikan hendaklah tidak mengandungi unsur sensitif seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isi perkauman / menyentuh sensitiviti agama / mengaibkan individu atau kumpulan.
- Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat – syarat permohonan akan DITOLAK.
- Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis.
- Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan.
Borang Menjalankan Penyelidikan di Sekolah
Sila rujuk panduan mengisi borang permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, IPG dan JPN:
- Permohonan menjalankan penyelidikan perlu dikemukakan sebelum melaksanakan kajian rintis dan kajian lapangan.
- Setiap permohonan yang dikemukakan adalah hanya untuk satu penyelidikan sahaja.
- Sekiranya penyelidikan dibuat secara berkumpulan, permohonan hanya perlu dikemukakan oleh pengurus/ketua projek.
- Perkara-perkara berikut (dalam format pdf) hendaklah dilampirkan/dimuat naik bersama-sama dengan permohonan yang telah lengkap diisi.
- i. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti/majikan.
- ii. Kertas cadangan penyelidikan (Tidak melebihi 10 muka surat atau saiz fail 1 MB).
- iii. Instrumen kajian.
- iv. Borang BPPDP 2 (A) yang disahkan oleh penyelia (pelajar Institut Pengajian Tinggi) / ketua jabatan (kajian am).
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dalam tempoh 5 hari.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
PENTADBIR eRAS
UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN,
ARAS 1-4, BLOK E8,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA.
Tel : 03-8884 6591
Tuan,
TATACARA PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH SAH BAGI KELULUSAN MENJALANKAN KAJIAN
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, permohonan kebenaran menjalankan kajian saya yang bertajuk The Relationship Between Dietary Fruit Intake, Camp Responsive Element-Binding (Creb) And Brain Derived Neurotrophic Factor (Bdnf) Protein Levels Among Adolescents In Rural And Urban Terengganu melalui sistem talian ERAS 2.0 telah mendapat kelulusan daripada pihak tuan . Tempoh kelulusan adalah pada 1 Ogos 2018 sehingga 20 November 2018 sepertimana surat yang dilampirkan.
3. Untuk makluman pihak tuan juga, tempoh pengumpulan data bagi kajian saya akan dijangka berakhir pada Mei 2019. Sehubungan itu, saya ingin memohon perhatian dan pandangan pihak tuan bagi cadangan tatacara yang berkaitan bagi melanjutkan tempoh sah kelulusan ini.
Perhatian dan kerjasama pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.