Escape Penang

Escape Penang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan juga berdekatan dengan tempat menarik seperti Batu Feringgi.

Escape Penang mulai dibuka pada tahun 2013 dan ia adalah Taman Tema pertama di Teluk Bahang, Pulau Pinang yang mengetengahkan permainan fizikal berlatarbelakangkan hutan rimba.

Pada tahun 2019, Escape Penang telah membina sebuah gelongsor air dengan kepanjangan melebihi 1 km hingga berjaya diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai gelongsor air terpanjang di dunia.

Kini Escape Penang menjadi antara taman tema terbaik di Malaysia dan terkenal dalam kalangan pengunjung dalam dan luar negara.

Cara ke Escape Penang

Escape Penang terletak di kawasan timur laut Pulau Pinang dan jarak dari ibu kota Pulau Pinang iaitu Georgetown adalah lebih kurang 45 km dan masa yang diambil bergantung kepada arus trafik dan skill memandu anda.

Jalan menuju ke Teluk Bahang agak mencabar kerana anda harus melalui jalan yang berliku dan agak sempit di kawasan Batu Feringgi untuk sampai ke Escape Teluk Bahang.

Satu lagi jalan adalah melalui Balik Pulau dan naik menggunakan jalan Teluk Bahang di mana jalannya juga berliku namun anda akan dapat melihat Air Terjun Titi Kerawang dan Empangan Teluk Bahang yang sangat indah dan menenangkan jiwa dan Escape Penang terletak berdekatan dengan empangan ini.

Pendek kata perjalanan anda menuju ke Escape Penang pastinya tidak akan jemu kerana sepanjang jalan terdapat pemandangan indah yang menarik.

AlamatFb/ Website
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
Escape.my

Waktu Operasi dan Harga Tiket di Escape Penang

Escape Penang dibuka setiap hari selasa sehingga hari ahad dan ditutup pada setiap hari isnin untuk proses penyelenggaraan.

Waktu operasi adalah bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Harga tiket untuk Escape Penang merangkumi aktiviti gravityplay, waterplay dan adventureplay kerana tiada tiket dijual asing untuk setiap permainan tema tersebut dan pengunjung diingatkan untuk berhati-hati dengan penipuan tiket.

Pengunjung diingatkan untuk membeli tiket secara sah samada melalui atas talian ataupun melalui kaunter tiket di Escape Penang.

Harga tiket untuk future kid atau kanak-kanak bawah 3 tahun dan warga emas (super kid) bermula 61 tahun ke atas adalah percuma.

Junior kid untuk kanak-kanak berumur 4 ke 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM 77.70, dan Big kid (13 -60 tahun) dikenakan caj RM 116.90.

Jom kita terus ke aktiviti- aktiviti menarik di Escape Penang Teluk di Bahang.

20 Aktiviti Menarik di Escape Penang, Teluk Bahang.

1. Aerobat

Tarikan pertama daripada 40 aktiviti di sini adalah Aerobat. Apakah aerobat ini? haa..buat anda yang pernah mempunyai angan-angan hendak mencuba aksi akrobatik di udara ataupun ingin menjadi ala-ala Tarzan dan Jane? maka inilah aktiviti yang anda patut cuba.

Aerobat Escape Penang Teluk Bahang
Escape Penang

Pengunjung akan dipakaikan tali keselamatan dan akan dikendalikan oleh operator yang berpengalaman.

Berat maksima untuk tangkapan adalah 100kg manakala untuk menyertai aktiviti aerobat adalah 120kg.

2. Airbag

Aktiviti ke 2 ini digelar Airbag dan sesuai untuk kanak atas 4 tahun yang suka melompat ataupun pengunjung yang sukakan aksi daredevil kerana kelasakan aktiviti ini yang mana ianya bergantung kepada keberanian pemain itu sendiri.

Airbag
Escape Penang

Kiranya anda hendak melompat dengan gaya atau cara bagaimanapun semuanya boleh dan selamat tanpa lebam dan luka di Airbag ini walaubagaimanapun berat maksima yang ditetapkan adalah 120 kg.

3. AK Academy

AK Academy menyediakan aktiviti air penuh keseronokan yang bakal mengajar kanak-kanak seawal 4 tahun untuk berhadapan dengan cabaran dan skill dalam air.

AK Academy
Escape Penang

4. AK Discovery

Kalau AK Academy adalah aktiviti air yang basic dan lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil, AK Discovery pula sentiasa menjadi tarikan kanak-kanak yang lebih berpengalaman dengan elemen air.

AK Discovery
Escape Penang

Kanak-kanak pelbagai umur boleh mencuba aktiviti pengembaraan dalam air yang penuh dengan keseronokan di mana kanak-kanak akan menyelam dan mencari harta karun atau barang yang disorokkan.

5. Banana Flip

Banana Flip akan melonjakkan pemain ke udara dan pemain boleh menggunakan skill mereka untuk gaya yang disukai sebelum jatuh ke dalam air.

Banana Flip
Escape Penang

6. Chairlift

Chairlift di Escape Penang adalah yang pertama di Malaysia, pengunjung boleh melihat pemandangan dari atas kerusi bergerak ini untuk menuju ke Gravityplay.

Chairlift
Escape Penang

7. Family Twister

Gelongsor air ini sesuai dinaiki bersama keluarga atau teman kerana anda akan menggelongsor menggunakan pelampung berkapasiti 2 orang.

Family Twister
Escape Penang

Berat maksima adalah 120 kg dan tinggi minima adalah 120 cm.

8. The Longest

Haaa..inilah tarikan utama di Escape Penang mulai tahun 2019 dan telah menelan kos pembinaan sebanyak RM 5 juta.

The-Longest
Escape Penang

Gelongsor air sepanjang 1,111 meter itu akan membuatkan pengunjung terpesona dengan pemandangan berbukit Teluk Bahang, jalan Teluk Bahang, Jambatan Gantung dan akhirnya di kolam renang di bahagian Taman Tema Air.

Pengunjung boleh memilih untuk naik seorang ataupun berdua di gelongsor air terpanjang dunia ini namun berat maksima untuk dua orang adalah 240 kg.

9. Speed Racer

Permainan air ini membolehkan anda meluncur seperti superman dan berlumba bersama rakan atau ahli keluarga anda.

Speed racer
Escape Penang

Anda akan meluncur menggunakan pad di sepanjang gelongsor air Speed Racer.

10. Super Looper

Super Looper adalah aktiviti air yang sesuai untuk pemain yang sukakan adrenaline rush di mana anda akan meluncur laju menuruni gelongsor air bertutup dan ia hampir serupa dengan Mega Drop.

Super Looper
Escape Penang

11. Mega Drop

Mega Drop mempunyai gelongsor air yang lebih ekstrim berbanding Super Looper kerana ianya terbuka dan hampir menegak sehinggakan sesiapa yang mahu mencubanya pasti berfikir 2 kali.

Mega Drop

12. Three Sixty

Three Sixty membawa maksud 360 dan menggambarkan aktiviti ini di mana pemain boleh berhayun di udara dan berpusing 360 darjah.

Three Sixty
Escape Penang

13. Slingshot

Pengunjung boleh merasai pengalaman dilemparkan dan dilonjakkan beberapa kali ke udara.

Slingshot
Escape Penang

Aktiviti ini adalah untuk pencinta adrenaline rush dan kelajuan.

14. Monkey Business

Mahukan aktiviti yang lasak di tempat tinggi? inilah aktiviti yang sesuai untuk anda yang mahu mencuba aktiviti memanjat yang selamat.

Monkey Business
Escape Penang

Laluan tali di udara ini dibuat dan mempunyai rintangan supaya pengunjung dapat merasai pengembaraan yang lebih mencabar.

15. Go Bananas

Kalau anda mahukan lebih cabaran dari Monkey Business, teruskan sahaja perjalanan anda ke Go Bananas di mana anda akan berdepan dengan rintangan berbentuk pisang yang besar dan pastinya lebih menggila.

Go Bananas
Escape Penang

16. Flying Lemur

Sudah puas memanjat? jom terbang pula bagaikan Kubung ataupun Malaysian Flying Lemur.

Flying Lemur
Escape Penang

Pengunjung boleh menikmati pemandangan terbang di udara dan antara pokok menggunakan tali zip line namun berat maksima adalah 100 kg.

17. Coco Climb

Pernahkan anda terfikir bagaimana moyang kita dahulu memanjat pokok kelapa? haa..kalau hendak tahu bagaimana rasanya, datanglah ke bahagian Coco Climb.

Coco Climb
Escape-Penang

Anda boleh cuba memanjat pokok kelapa secara santai ataupun mahu berlumba siapa lebih cepat? semuanya boleh dan nikmati pemandangan dari ketinggian atas puncak pokok kelapa.

18. Hill Rider

Permainan ini dihadkan kepada kanak- kanak atas 13 tahun kerana penunggang basikal 3 roda ini akan menuruni bukit yang curam dan penuh liku dengan sangat laju.

Hill Rider
Escape Penang

19. Escape Club

Escape Club adalah kolam renang di mana pengunjung semua usia boleh berehat sambil berendam dalam keadaan jauh dari hiruk pikuk.

Escape Club
Escape Penang

20. Wave Ball

Wave Ball adalah tarikan yang berbeza dari Escape Club kerana ia menawarkan aktiviti air seperti berada di tepi pantai dengan bunyi deruan ombak dan ombak yang melanda pengunjung.

Wave Ball
Escape Penang

Semoga perkongsian kali ini boleh membantu pembaca untuk merancang percutian ke Escape Penang di Teluk Bahang ini.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment