eSPAJ: Cara Mohon Pekerjaan Perkhidmatan Awam Johor

Individu yang ingin memohon pekerjaan di perkhidmatan awam Negeri Johor, setiap permohonan mesti dilakukan menerusi Sistem Pendaftaran dan Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor atau eSPAJ.

Sebelum ini, permohonan untuk bagi perjawatan perkhidmatan awam di Negeri Johor perlu dibuat melalui sistem Johorcareer.

Namun, bermula 17 April 2022, sistem permohonan eSPAJ diperkenalkan mengantikan sistem permohonan Johorcareer.

Sistem ini dibangunkan dengan integrasi pelbagai jabatan/agensi yang berkaitan bagi meningkatkan integriti maklumat peribadi dan akademik.

Oleh kerana itu, semua pemohon atau pengguna sistem Johorcareer dikehendaki mendaftar akaun di sistem ini bagi membuat permohonan jawatan yang diiklankan.

Kelebihan eSPAJ

Terdapat beberapa kelebihan sistem ini diperkenalkan iaitu:

  • Beroperasi 24 jam sehari.
  • Permohonan jawatan hingga urusan perkhidmatan.
  • Notifikasi melalui emel dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
  • Semakan ketulenan dokumen secara atas talian kod QR.
  • Menjimatkan penggunaan kertas dan percetakan.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://espaj.johor.gov.my/ dan klik log masuk.
  2. Klik ‘Daftar Pemohon.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Klik ‘Daftar Pengguna.’
  5. Periksa peti masuk email atau SMS dan klik pautan yang disediakan untuk pengesahan akaun.
  6. Pendaftaran akaun pengguna telah berjaya.

Cara Permohonan Jawatan

Bagi permohonan jawatan perkhidmatan awam Negeri Johor, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://espaj.johor.gov.my/ dan klik log masuk.
  2. Isi maklumat akaun pengguna dan klik ‘Log Masuk.’
  3. Klik ‘Borang SPAJ.02-Online’ pada pilihan menu di bahagian kanan skrin.
  4. Isi maklumat-maklumat yang diperlukan di Borang SPAJ.02-Online.
  5. Di bahagian ‘Perakuan Pemohon,’ sila tandakan ‘/’ pada ruangan ‘Saya Setuju’ dan klik ‘Selesai.’
  6. Klik ‘Iklan Jawatan Kosong.’
  7. Klik ‘Maklumt Lanjut.’
  8. Baca maklumat jawatan dan klik ‘Mohon.’
  9. Klik ‘Hantar.’
  10. Permohonan jawatan telah berjaya dihantar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai eSPAJ, sila layari laman web https://espaj.johor.gov.my/.

Leave a Comment