Cara Mudah Mendaftar Bagi Menjadi Foodpanda Rider

Individu yang berminat untuk menjadi Foodpanda Rider, anda boleh mendaftar untuk menjadi Foodpanda Rider hanya secara atas talian sahaja!

Untuk makluman, Foodpanda merupakan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di Malaysia dan mempunyai operasi di 12 negara lain selain Malaysia.

Sama seperti Grabfood, syarikat ini memberikan ruang kepada pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran mereka.

Faedah Yang Ditawarkan

Apabila individu memilih pekerjaan ini, berikut merupakan faedah yang ditawarkan iaitu:

  • Waktu kerja sendiri: Individu terbabit akan menentukan waktu bekerja mereka dan mereka hanya perlu memilih syif yang bersesuaian dengan kehendak anda sahaja.
  • Tiada masalah sekiranya tiada motosikal: Jika tidak mempunyai motosikal, individu terbabit boleh menjadi walker dan membuat penghantaran jarak dekat dengan berbasikal, menaiki skuter beam atau berjalan kaki.
  • Faedah istimewa: Pihak syarikat akan memberikan diskaun istimewa untuk petrol, telefon dan juga peluang untuk mendaftar didalam kursus peningkatan diri.

Keistimewan Menjadi Rider Disember 2022

Bagi individu yang menyertai syarikat ini sebagai rider pada Disember 2022, mereka akan memperoleh keistimewaan berikut:

  • Bayar kemudian untuk peralatan.
  • New Hire Bonus sehingga RM100.
  • Langganan akaun pandapro secara percuma.

Syarat Pendaftaran

Syarat pendaftaran untuk menjadi rider adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun dan keatas (mengikut tarikh lahir).
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai motosikal dengan lesen sah (sekurang-kurangnya lesen P) (tidak tertakluk kepada walker).
  • Mempunyai telefon pintar. Iphone 4s keatas atau 4.2 keatas untuk Android.
  • Memiliki akaun bank milik sendiri.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://rider.foodpanda.my/.
  2. Di bahagian ‘Membuat Akaun Profil Anda,’ sila lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Setelah selesai, individu akan menerima sms untuk datang ke pejabat bagi menjalani taklimat.
  4. Beli peralatan newbie di pandashop.
  5. Mula bekerja!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web
https://www.foodpanda.my/ms/.

Leave a Comment