Genting Highlands

Genting Highlands terletak di sebahagian besar negeri Pahang dan sebahagian kecil lagi di negeri Selangor adalah pusat peranginan terkenal yang mempunyai tarikan hotel, taman tema dan pusat kasino yang berlesen pertama di Malaysia.

Kebanyakan pengunjung banyak datang dari Kuala Lumpur terutamanya pada hari minggu kerana jarak perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur Ke Genting Highlands hanyalah 58.4 km.

Selain pelbagai tarikan di Genting Highlands, cuacanya yang agak sejuk 22 °C pada siang dan malam lebih kurang mencecah 12 °C turut menyumbang kepada kedatangan pengunjung yang ingin lari dari panas terik kota.

Sejarah Genting Highlands?

Kalau anda hendak tahu Genting Highlands dulunya dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong kerana beliau merasakan Kuala Lumpur tidak mempunyai pusat peranginan tanah tinggi yang berdekatan.

Idea ini tercetus apabila peniaga etnik cina ini pergi bercuti sambil berkerja di Cameron Highlands untuk sebuah projek hidroelektrik pada tahun 1963.

Beliau merasakan sekiranya sebuah peranginan tanah tinggi dibuka berdekatan dengan Kuala Lumpur, ia akan menhjadi peluang perniagaan yang menguntungkan kerana baginya Cameron Highlands masih agak jauh jaraknya dari Kuala Lumpur.

Gunung Ulu Kali di Genting Sempah dipilih sebagai tapak peranginan tanah tinggi dan Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan syarikat swasta bernama Genting Highlands Berhad bersama ahli politik Allahyarham Mohamed Noah Omar pada tahun 1965.

Kedudukan Gunung Ulu Kali agak rumit kerana melibatkan dua buah negeri,Pahang dan Selangor jadi memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran dari dua negeri itu bagi pengasingan kawasan yang bakal dibina sebagai pusat peranginan terbaru ketika itu.

Pada tahun 1970, Selangor memberikan kebenaran pengasingan tanah sebanyak 2800 ekar manakala kerajaan Pahang telah memberikan kebenaran pada tahun 1965 untuk 12000 ekar tanah.

Jalan Genting Sempah ke pucak Gunung Ulu Kali telah dimulakan pada 18 ogos 1965 dan siap pada tahun 1969.

Pada tanggal 31 mac 1969, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas di Genting highlands Hotel sebagai tanda jalan Genting Sempah ke pusat peranginan itu telah siap.

Cara hendak naik ke Genting Highlands?

Pemanduan dari Kuala Lumpur memakan masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada trafik dan skill pemanduan anda.

Sesiapa yang ada masalah mabuk, pastikan anda bersedia dengan ubat, dan beg plastik.

Kebiasaannya, bas pelancong turut menaiki Genting Highlands dan anda boleh sahaja membeli tiket untuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan dari negeri lain juga.

Satu lagi adalah kereta kabel, haa kalau anda tidak mahu meneruskan pendakian menggunakan kenderaan sendiri jangan risau, anda boleh parkirkan kenderaan anda di tempat letak kereta yang luas dan boleh menaiki kereta kabel di stesen Awana Skyway dan Genting Cable Car untuk terus ke puncak pusat peranginan.

jom kita terus ke tempat menarik di Genting Highlands?

Tempat Menarik di Pusat Peranginan Genting Highlands?

1. Awana Skyway

Mulakan percutian anda dengan menaiki kereta kabel Awana yang melalui line sepanjang 2400 meter dengan kelajuan 6 meter setiap saat sahaja dan mempunyai 3 stesen perhentian.

Awana Skyway Genting Highlands
Awana Skyway

Awana Skyway beroperasi pada hari biasa dari pukul 8 pagi sampai 8 malam manakala pada hari minggu pukul 8 pagi hingga 10 malam namun untuk stesen Chin Wee hanya dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Awana Skyway mempunyai dua jenis gondola standard dan satu gondola kaca haa kalau anda ingin pemandangan yang lebih menyeluruh bolehlah ambil gondola jenis kaca kalau jenis gayat, ambil yang standard sahaja.

Tiket untuk gondola standard untuk pergi dan balik RM 18, manakala untuk gondola jenis kaca RM 35.

Harga tiket untuk pemegang kad OKU dan warga emas boleh mendapatkan tiket standard dengan harga RM 9 pergi dan balik.

Sekiranya anda tidak mahu tunggu lebih lama, anda boleh membeli tiket ekspres berharga RM 30 untuk gondola standard pergi balik.

Kenapa anda perlu menaiki kereta kabel?

Anda dapat melihat pemandangan Genting Highlands yang menghijau dan berkabus serta merasai pengalaman terbang selama 10 minit selain mencipta memori bersama keluarga tersayang.

Anda boleh parkir kereta anda di Awana Station yang berdekatan dengan Genting Highlands Premium Outlets.

AlamatFb/Website
Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, PahangResort World Genting

2. Genting Highlands Premium Outlets

Premium Outlets ini adalah yang kedua dibuka di Asia Tenggara dan merupakan yang pusat premium outlets pertama di dunia yang berkedudukan di atas bukit.

Genting Highlands Premium Outlets
Resort World Genting

Lebih 150 jenama designer yang ditawarkan di sini dan setiap hari mempunyai promosi hampir 65% haa memang rambang mata dibuatnya nanti kan?

Selain itu, terdapat medan selera dan juga pelbagai restoran untuk anda menjamu selera.

AlamatFb/ Website
KM13, 69000 Genting Highlands, PahangGenting Highlands Premium Outlets

3. Genting Skyworlds Theme Park

Taman tema berkeluasan 26 ekar ini mempunyai 9 jenis tema, dan 26 rides dan tarikan sesuai untuk seisi keluarga.

Genting Skyworlds
Genting Skyworlds

Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town, Ice Age adalah 9 tema yang ditawarkan dan mempunyai tarikan unik seperti di Eagle Mountain anda boleh menikmati roller coaster secara menaiki motorsikal.

Haa..bayangkan? mesti best!

Khabarnya Genting Skyworlds Theme Park bakal dibuka pada November 2021.

AlamatFb/ Website
Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, PahangGenting Skyworlds

4. Ripley’s Adventureland

Walaupun banyak taman tema yang masih ditutup di Genting Highlands jangan risau anda masih boleh mengunjungi taman tema Ripley’s Adventureland.

Ripleys Malaysia
Ripley’s Malaysia

Terdapat 7 jenis tarikan di sini iaitu Ripley’s Believe It Or Not!, Jurassic Research Center, Zombie Outbreak, 4D Trick Art Museum, Jungle Gym, Infinity Room dan Formula Fun.

Haa.. mesti anda dan keluarga tidak akan merasa bosan terutamanya anak-anak yang gemarkan dinasour, pasti mereka akan seronok!

Kalau anda hendak tahu terdapat promosi bermula 30 Oktober hingga 10 Disember 2021 yang menawarkan 5 tarikan dengan harga RM 75 sahaja, anda boleh layari facebook Ripley’s Adventureland .

AlamatFb/Website
Lot SA – T2C – B13, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, PahangRipley’s Adventureland

5. Genting Strawberry Leisure Farm

Genting Highland apabila baru dibuka, sebuah pekan kecil bernama Gohtong Jaya sempena nama Tan Sri Lim Goh Tong turut dibangunkan di mana terdapat banyak sekolah, kedai keperluan dan fasiliti harian di sini.

Genting Strawberry Leisure Farm adalah taman botani dan ladang urban yang terletak di Gohtong Jaya.

Genting Strawberry Leisure Farm
Genting Strawberry Leisure Farm

Pengunjung boleh membeli produk strawberry, tumbuhan dan cenderamata di sini.

Ladang ini bukan sahaja mempunyai strwaberri malah lavender serta bunga-bungaan lain.

Harga masuk adalah RM 15 dan terdapat kemudahan tempat kereta serta restoran.

Waktu operasi hari biasa adalah 9 pagi hingga 6 petang manakala pada hari minggu 9 pagi hingga 7 petang.

AlamatFb/Website
No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, PahangGenting Strawberry Leisure Farm

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan info berguna untuk pembaca.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment