Permohonan Geran Usahawan Bangsa Johor Sehingga RM10,000

Usahawan Bangsa Johor adalah dialu-alukan untuk memohon Geran Usahawan Bangsa Johor 2023 daripada Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).

Pembiayaan Geran Usahawan Bangsa Johor adalah kesinambungan daripada Geran Orang Lokal (GOL 3.0) yang dilaksanakan sepenuhnya Kerajaan Negeri Johor melalui PUJB.

Sasaran penerima geran ini adalah usahawan bertaraf mikro sahaja yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (merujuk Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) 2013.

Usahawan yang layak boleh membuat permohonan mulai 15 Januari 2023, Ahad, jam 10.00 malam sehingga 6 Februari 2023, Isnin, jam 5.00 petang.

Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemprosesan Makanan dan Minuman: Pembuatan makanan dan minuman termasuk perniagaan katering dan peniaga jalanan (penjaja).
  2. Pengurusan Acara: Bidang pengurusan acara dan seni kreatif seperti pemuzik jalanan atau band yang berdaftar.
  3. Pendidikan: Bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat asuhan dan tadika.
  4. Automotif: Bidang perkhidmatan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta.
  5. Gunting Rambut: Bidang perkhidmatan dandanan rambut.
  6. Percetakan: Bidang perkhidmatan percetakan.

Skop Permohonan

Skop permohonan adalah seperti berikut:

  • Permohonan pembelian mesin atau peralatan (sila kepilkan 1 sebutharga daripada pembekal).
  • Mesin dan peralatan yang dimohon tidak dibenarkan bagi penambahan stok dan kegunaan pejabat.
  • Mesin dan peralatan perlu membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah syarikat.
  • Sebut harga haruslah daripada pembekal yang sah dan tidak boleh diambil daripada platform atas talian seperti Lazada, Shoppe atau laman e-dagang lain.
  • Sebut harga perlu mempunyai cop rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal.

Syarat Permohonan

Usahawan yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon
  3. Mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah yang beroperasi di dalam Negeri Johor.
  4. Syarikat yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.
  5. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  6. Mengemukakan salinan penyata akaun syarikat untuk 1 bulan terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi.
  7. Menyertakan gambar premis, bengkel atau ruang khas bagi perniagaan yang dijalankan.
  8. Satu syarikat hanya layak untuk satu permohonan sahaja.
  9. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor
  10. Sila berikan 1 sebutharga bagi peralatan/mesin yang dipohon. Sebutharga yang diberikan dijadikan panduan bagi jenis item dan harga dan tidak mengikat pihak PUJB untuk memilih pembekal tersebut.

Cara Memohon

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka akaun PADU dengan melayari https://www.padu.pujb.my.
  2. Daftar akaun.
  3. Loginke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Isi dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus.
  5. Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula permohonan.
  6. Pastikan borang permohonan geran usahawan bangsa Johor dengan lengkap, betul dan telus.
  7. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Geran Usahawan Bangsa Johor, sila layari laman web https://www.pujb.my/.

Leave a Comment