GKP 2.0: Permohonan Baru Geran Khas Prihatin RM3,000

Insiatif Geran Khas Prihatin GKP 2.0 yang baru diumumkan bersama Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 adalah disasarkan kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan peruntukan RM600 juta dianggarkan akan memaanfat 200,000 PKS Mikro.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, GKP 2.0 dibuka semula untuk permohonan bagi mereka yang tidak sempat memohon atau baru mendaftar perniagaan pada tahun ini.

Jika anda ingin membuat permohonan Geran Khas Prihatin atau GKP 2.0, sila baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan, cara permohonan serta tarikh semakan.

gkp 2.0 geran khas prihatin

Serba Sedikit Tentang GKP 2.0

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Jumlah bantuan adalah secara one-off sebanyak RM3,000 bagi setiap penerima.

Baca juga: Semakan BPN 2.0 & Kadar Bantuan Terkini

Syarat Kelayakan

Syarat bagi memohon Geran Khas Prihatin 2.0 adalah:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
    (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
      RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
    • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
      • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
      • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
      • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Tarikh Permohonan

Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).

Semakan GKP 2.0 Dan Tarikh Pembayaran

Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

Cara membuat semakan adalah dengan langkah ini:

  1. Layari pautan rasmi https://gkp.hasil.gov.my/Masukkan nombor kad pengenalan
  2. Klik Butang ‘Cari’
  3. Status kelulusan GKP akan dipaparkan seperti berikut:
  • Permohonan Diterima – Permohonan baharu telah diisi dan berjaya dihantar. Pemohon tidak perlu melakukan permohonan semula, tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
  • Dalam Proses – Permohonan yang telah diterima sedang diproses verifikasi/semakan agensi. Semasa status ini, pemohon tidak boleh melakukan pengemaskinian maklumat di dalam borang.
  • Lulus – Layak menerima bantuan dan akan dikredikan ke akaun yang telah didaftarkan semasa dalam borang permohonan, tarikh pengkreditan akan dimaklumkan.
  • Tidak Lulus – Tidak layak menerima bantuan

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

Rayuan GKP 2.0 / Kod Alasan Tidak Lulus

Bagi yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan yang dijangka akan dibuka dalam bulan Disember 2020.

Jika anda mendapat status TIDAK LULUS, sila rujuk kod alasan ini supaya anda boleh membuat tindakan selanjutnya dalam proses rayuan nanti.

Kod 01 – Pekerja melebihi 4 orang :
Sila sertakan Borang Pendaftaran Majikan PERKESO / Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP / Borang A KWSP / dokumen sokongan yang berkaitan

Kod 03 – Tiada pendapatan / Perniagaan dianggap tidak aktif : Sila sertakan Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018 / 2019

Kod 05 – Jualan melebihi RM300,000 :
Sila sertakan Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018 / 2019

Kod 04 – VIP / Individu Berprofil Tinggi :
Sila sertakan Pengakuan pemohon / surat akuan atau Dokumen sokongan berkaitan

Kod 07 – Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT :
Sila sertakan sijil pendaftaran perniagaan

Baca juga : Semakan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2020

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Geran Khas Prihatin, sila layari laman web rasmi GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my/ atau rujuk SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0 (GKP 2.0) di pautan ini.

Leave a Comment