GKP 2.0: Semakan Status Kelulusan Geran Khas Prihatin 2020

Bagi anda yang telah memohon Geran Khas Prihatin fasa 2 tahun 2020, semakan GKP 2.0 boleh dibuat di portal rasmi gkp.hasil.gov.my bermula 13 November ini.

Permohonan baru telah dibuka sepanjang bulan Oktober lalu.

GKP bertujuan membantu perusahaan kecil & sederhana atau PKS dalam meringankan beban mereka menghadapi pandemik COVID-19.

Ianya salah satu inisiatif yang diperkenalkan kerajaan di samping BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Bantuan ini diberikan sekali gus sebanyak RM3,000 ke akaun penerima yang layak.

Semakan GKP 2.0

Semakan status permohonan Geran Khas Prihatin 2020 boleh dibuat di https://gkp.hasil.gov.my

Anda perlu log masuk terlebih dahulu untuk membuat semakan.

semakan gkp 2020

Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin 2020

Antara syarat kelayakan bagi memohon Geran Khas Prihatin versi 2.0 ini ialah:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF

Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang di portal https://gkp.hasil.gov.my

Borang yang lengkap diisi bolehlah dihantar untuk tujuan pengesahan.

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti yang ditetapkan, permohonan anda akan diluluskan pada November 2020.

Pastikan anda menggunakan maklumat bank yang masih aktif kerana duit RM3,000 akan dikreditkan terus ke akaun anda.

Cara Mohon GKP 2.0

  1. Layari laman web rasmi di sini
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang cari.
  3. Login atau permohonan baru. Jika maklumat anda telah ada dalam data, anda boleh terus login. Sekiranya tidak ada, sila buat permohonan baharu.
  4. Isi borang permohonan baru. Pada bahagian permohonan baru, isikan borang dengan melengkapkan kesemua ruangan yang diperlukan.
  5. Selesai permohonan. Sekiranya terdapat perubahan maklumat sila kemaskini permohonan anda.

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin

Bagi anda yang gagal, permohonan rayuan akan dibuka bermula 1 Disember nanti.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim

Berapa banyak bantuan GKP?

Kadar bantuan adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off (sekali gus).

Bila tarikh keputusan diumumkan?

Semakan status permohonan GKP 2.0 boleh dibuat bermula 13 November di portal rasmi gkp.hasil.gov.my.

Bilakah pembayaran Geran Khas Prihatin akan dibuat?

Akhir bulan November.

Bila tarikh tutup permohonan?

Permohonan telah dibuka sepanjang bulan Oktober 2020. Kini permohonan telah pun ditutup.

Siapa layak memohon bantuan ini?

Kesemua peniaga kecil & sederhana yang cukup syarat layak memohon.

Apakah syarat utama untuk memohon?

Mestilah mempunyai SSM dan membuka fail cukai di LHDNM.

Leave a Comment