GM KLANG: One Stop Centre Barangan Borong

GM Klang adalah sebuah perhentian one stop centre untuk para pelanggan kerana kepelbagaian pilihan yang ada disini dengan hampir 2500 buah gerai disediakan.

GM Klang telah dibuka pada tahun 2009 dan mempunyai keluasan sebanyak 1.50 juta kaki persegi.

GM Klang juga telah diiktiraf oleh ‘The Malaysian Book Of Record’ sebagai pusat perniagaan barangan borong terbesar di Malaysia.

Waktu Operasi GM Klang

Kompleks beli belah GM Klang dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10.00 pagi hingga 7 petang.

Manakala pada hari cuti dan hujung minggu, waktu operasi adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Lokasi GM Klang

GM Klang dibangunkan di bandar baharu yang diberikan nama Bandar Botani yang terletak di selatan Bandar Klang.

GM Klang juga terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur, lebuh raya utama, dan juga lapangan terbang.

AlamatWebsite/Fb
Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanik, Klang, Selangor, Malaysiagmklang.com

Infrastruktur GM Klang

GM Klang mempunyai 3 blok iaitu blok A, blok B dan blok C namun GM Klang telah dibangunkan melalui 5 fasa berperingkat.

Blok A di GM Klang adalah bangunan setinggi 10 tingkat namun hanya 5 tingkat digunakan sebagai gerai jualan dan jumlah gerai jualan borong yang ada di blok A adalah lebih dari seribu gerai.

Pada tahun 2016, blok B telah dibina untuk dijadikan kawasan perniagaan fesyen GM Klang di mana semua barangan yang berkaitan dengan fesyen ditempatkan dibawah satu bumbung iaitu blok B.

Pendek kata, kalau anda ingin mencari keperluan berkaitan dengan fesyen dan pakaian anda hanya perlu pergi ke blok B.

Blok C pula dijadikan sebagai pusat jualan barangan keperluan rumah, barangan hardware dan juga barangan keperluan kahwin.

GM Klang telah menyusun barang-barangan mengikut kategori bagi memudahkan para pelanggan.

Kemudahan di GM Klang

Pengunjung tidak perlu risau kerana GM Klang menyediakan kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas, restoran, ATM, kemudahan pos barang dan juga tempat penukaran matawang.

ATM Cimb disediakan di blok B, aras G dan ATM untuk bank RHB adalah berada di blok A tingkat 1 manakala ATM jenis MEPS disediakan di blok b aras G dan blok A tingkat 1.

Kemudahan pos barang di GM Klang mempunyai 3 buah pengendali iaitu POS MALAYSIA Bhd., Parcelhub yang terletak di blok C dan juga LBS Logistic Sdn. bhd yang terletak di blok B.

Penukaran matawang pula hanya dikendalikan oleh Benson Money Changer yang terletak di blok B aras G.

Tarikan di GM Klang

1. Aktiviti Membeli-belah

GM Klang adalah syurga membeli-belah untuk semua pengunjung dalam mahupun luar nmegara terutama negara jiran kita iaitu Indonesia dan Singapura sewaktu era sebelum Covid 19 melanda dunia.

Kini, GM Klang hanya banyak dikunjungi oleh warga lokal dan syarat wajib untuk masuk ke GM Klang adalah pengunjung perlu mempunyai 2 dos lengkap vaksinasi.

GM Klang adalah one stop centre untuk semua barangan keperluan seperti barangan rumah, dan barangan yang lain dengan harya yang lebih murah dan berpatutan.

GM Klang

Kebanyakan suri rumah suka membeli-belah di GM Klang untuk fabrik langsir, pakaian kasual dan raya, karpet dan tikar serta macam-macam lagi.

Kaki shopping pastinya akan puas hati dengan pelbagai variasi barangan yang ada di sini selain susunan kategori barangan juga adalah kompeten dan memudahkan pelanggan untuk membeli-belah.

Buat peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan ataupun yang sedang berniaga, anda turut boleh membeli stok barangan niaga di pusat pemborong terbesar di Malaysia ini kerana dikatakan anda boleh mendapat harga yang lebih murah jika anda membeli banyak dan secara borong.

Penggemar barangan kristal juga boleh mencuci mata di sini kerana terdapat kedai-kedai menjual kristal di GM Klang.

Kalau anda ingin pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, anda boleh saja terus ke laman web GM Klang dan layari setiap pilihan yang ada di setiap blok A, B dan C.

Setelah anda kenal pasti kedai pilihan nanti anda boleh sahaja terus ke situ tanpa perlu mundar-mandir lagi dan boleh menjimatkan masa anda.

2. Photo Wall

GM Klang telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Bandar Klang oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Oleh itu, GM Klang telah membuat sebuah Photo Wall khas untuk mempamirkan koleksi tempat menarik di Pandamaran dan Pulau Ketam.

Pandamaran adalah sebuah lokasi bersejarah yang dikaitkan dengan penubuhan Kampung Baru Cina dibawah Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950 bagi membanteras aktiviti komunis.

Manakala Pulau Ketam adalah pulau yang wajib anda lawati sekiranya anda berpeluang kerana pulau ini terkenal dengan makanan laut dan aktiviti menangkap ikannya selain pemandangan yang indah yang hanya dapat anda rasai dengan berbasikal atau berjalan kaki di sekitar Pulau Ketam.

Pengunjung yang berada di GM Klang harus meluangkan masa untuk meninjau photo wall yang ada demi untuk menghargai keindahan Klang dan juga sejarah awalnya.

3. Studio Pengalaman 3D

Seiring dengan photo wall yang dipamerkan di tingkat yang sama iaitu tingkat 6 Blok B, sebuah studio berkonsepkan 3D turut dibina untuk memberikan pengunjung pengalaman 3D.

4 buah premis sedia ada telah diubah suai untuk dijadikan studio 3D ini.

Pendek kata, GM Klang berusaha untuk memberikan peluang kepada pengunjung untuk menciptakan memori bersama yang tersayang sewaktu kunjungan mereka di pusat membeli-belah borong yang terbesar di malaysia ini.

4. 30 Jenis Restoran

Haa..ada 30 jenis restoran di GM Klang ini pastinya pengunjung tidak akan merasa bosan dengan variasi makanan yang ada.

GM Klang One Stop Centre Barangan Borong
GM Klang

Antara makanan yang ada di sini adalah makan segera seperti Pizzahut, Marrybrown dan macam-macam lagi.

Kalau anda inginkan makanan campuran asian, GM Klang turut mempunyai restoran Kungfu Sushi, Madam Bee’s Kitchen, Pratunam Thai, Seoul Good, Nyonya Village Cafe dan banyak lagi.

Makanan ringan juga ada dijual di GM Klang iaitu minuman terkenal Tealive, King Kong Popcorn, Big Apple Donut & Coffee dan banyak lagi.

Kalau anda datang ke GM Klang hanya sekadar untuk menjamu selera pon boleh kerana anda juga pasti akan berasa teruja dengan makanan-makanan yang ada sekiranya anda adalah kaki makan.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu pembaca yang masih belum berkesempatan untuk mengunjungi pusat pemborong terbesar di Malaysia ini namun ingin menjejakkan kaki ke GM Klang ini.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment