INSAN: Skim Pelindungan Insurans Percuma Rakyat Selangor

Rakyat di Negeri Selangor berpeluang mendapatkan insurans secara percuma menerusi Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN).

INSAN merupakan perlindungan insurans am berkumpulan kepada 6 juta Rakyat Selangor berumur bemula dari 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.

Pendaftaran insurans ini dibuka bermula pada 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2022.

Jumlah Perlindungan

Jumlah perlindungan insurans am setiap individu adalah RM10,000 untuk kematian dan hilang keupayaan kekal yang disebabkan oleh kemalangan.

Tempoh insurans adalah selama 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon skim insurans ini adalah seperti berikut:

  1. No kad pengenalan didaftarkan di Negeri Selangor; atau
  2. Alamat terkini didaftarkan di Negeri Selangor; atau
  3. Pengundi untuk Negeri Selangor.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi Wavpay E-Wallet di Google Play dan Apple App Store.
  2. Buat pendaftaran akaun.
  3. Klik pada banner program.
  4. Lengkapkan maklumat sehingga proses selesai.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyana lanjut mengenai program insurans ini, sila hubungi:

  • +6016-2504199 (Malay/Tamil/English)
  • +6016-4354199 (Malay/Mandarin/English)
  • +6016-4474199 (Malay/Mandarin/English)
  • +6016-2534199 (Malay/English)
  • +6016-2514199 (Malay/Tamil/English)
  • +6016-9256627 (Malay/Mandarin/English)
  • +6010-2846627 (Malay/Tamil/English)
  • +6010-9206627 (Malay/Tamil/English)
  • +6016-8416627 (Malay/Mandarin/English)
  • +6010-5616627 (Malay/English)

Maklumat lanjut mengenai INSAN, sila layari laman web https://wavpay.net/insan-selangor/.

Leave a Comment