IPPAS: Insentif Permulaan Pekerjaan RM300 Selangor

Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Negeri Selangor menawarkan insentif kepada asnaf yang telah mendapat pekerjaan pada tahun 2022 menerusi Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS).

Insentif yang hanya ditawarkan kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar LZS sahaja yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022.

Langkah memberikan insentif ini adalah untuk memberi galakan kepada para asnaf di Negeri Selangor yang telah berjaya mendapat pekerjaan.

Untuk para asnaf yang berminat, permohonan insentif dibuka sehingga 30 November 2022.

Kadar Insentif

Penerima yang layak akan menerima kadar insentif sebanyak RM300.

Pemberian insentif tersebut adalah di bawah peruntukan asnaf Fakir/Miskin/Muallaf.

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang memohon insetif ini iaitu mestilah asnaf yang berdaftar dengan LZS sama ada:

  • Fakir; atau
  • Miskin; atau
  • Muallaf.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) hanya tawarkan kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mendapat pekerjaan/melapor diri bermula 1 Januari sehingga 30 November 2022 sahaja.
  2. Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.
  3. Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah, tidak melanggar hukum syarak, bukan bekerja sendiri dan tawaran pekerjaan jangka masa panjang (bagi pemohon yang bekerja secara kontrak).
  4. Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon (kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS). 
  5. Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagi tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses bagi Insentif Permulaan Pekerjaan. 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Klik link permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsjIz4BMZDw8khO00Vxc58j9JXnvAbTqztHkjYXfBmtWRQ-A/viewform?fbclid=IwAR1tLnHoVnXgS5V3CHGFTj9q1b56Ym7tAXYuccNaQ9kRA8CLpLDeFHFEZmw.
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat permohonan diisi dengan betul
  5. Klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan pemohon.
  2. Kad pengenalan ketua keluarga.
  3. Surat tawaran bekerja.
  4. Surat pengesahan bekerja.
  5. Penyata akaun bank pemohon.
  6. Surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan sahaja).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai IPPAS, sila hantar email ke alamat berikut:

  • helmy.izuan@zakatselangor.com.my
  • zeenat.karim@zakatselangor.com.my

Leave a Comment