Jadual Perlawanan Liga Super 2017

Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2017 seperti yang dikemaskini pada 24 Januari 2017.

Untuk sebarang info terkini berkaitan Liga Super 2017 anda boleh ikuti update secara langsung di web Scoreboard.

Jadual Liga Super 2017

Kedudukan terkini Liga Super 2017 menyaksikan Pahang mendahului dengan kelebihan gol diikuti pasukan JDT, Selangor & Kedah.

Fakta Tentang Liga Super

Liga Super adalah liga tertinggi di Malaysia. Pasukan yang menjulang piala Liga Super akan layak bertanding ke AFC Champions League. Liga Super yang diasaskan pada tahun 2004 memasuki tahun ke-14.

Sebelum diperkenalkan, antara liga popular yang dipertandingkan di Malaysia adalah:

  • Piala Malaysia (1921-1981)
  • Liga Piala Malaysia (1982-1988)
  • Liga Semi Pro Divisyen Satu (1989-1993)
  • Liga Perdana (1994-1997)
  • Liga Perdana Satu (1998-2003)

Menariknya, JDT, Kelantan, Selangor, Kedah muncul sebagai juara Liga Super back-to-back untuk 2 musim berturut-turut!

Manakala Lions XII Singapura, Negeri Sembilan, Perlis, dan Pahang bergelar juara sebanyak satu kali.

Perak walapun belum pernah menjulang trofi Liga Super muncul sebagai satu-satunya pasukan yang tak pernah tersingkir dari liga teratas bola sepak Malaysia!

Penglibatan Pasukan Luar

Sepanjang diperkenalkan, Liga Super turut menerima penglibatan pasukan luar antaranya Brunei DPMM FC (musim 2007-2008) dan pasukan dari Singapura Lions XIII.

Brunei DPMM FC ditolak penyertaannya bermula 2009.

MoU dengan FA Singapura pula hanya bertahan 4 musim sahaja, jadi pasukan Lions XII bertanding secara automatik sepanjang Liga Super 2012-2015.

Lions XII pernah menjulang sekali Liga Super 2013, selain menjuarai Piala FA 2015.

Selepas itu, tiada lagi pasukan luar Malaysia yang bertanding dalam Liga Super.

Pemain import juga diharamkan pada musim 2009-2011. Ini membolehkan pasukan Liga Super menggunakan khidmat pemain tempatan sepenuhnya.

Namun ada beberapa perkara negatif timbul akibat pengharaman ini. Kesan negatif paling ketaraadalah kegagalan pasukan Liga Super di peringkat AFC Cup. Contohnya peristiwa penarikan diri oleh Selangor ketika kempen AFC Cup 2010 dan AFC Cup 2011!

Cadangan

Liga Super sepatutnya menjadi medan terbaik bagi pemain-pemain tempatan untuk bersaing dengan pemain-pemain import.

Tetapi jika kita tiada pemain tempatan berkualiti, pasukan Liga Super tiada pilihan lain selain mengimport pemain luar untuk mendapatkan kualiti.

Ketika ini, bola sepak kita sedang mengalami masalah kekurangan kumpulan pemain berbakat yang sangat kronik. Dalam hal ini, FAM, FA Negeri dan FMLLP perlu sama-sama bertanggungjawab.

Jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain tempatan pula perlu lebih berani mencari dan menimba pengalaman di luar negara untuk memperbaiki kemahiran dan ilmu masing-masing.

Jika jurulatih dan pemain import sanggup tinggal di Malaysia untuk tempoh yang lama, kenapa kita tidak boleh?

Seperti JDT, pasukan liga di Malaysia juga perlu menswastakan pengurusan pasukan di bawah pengurusan kelab. Bukannya FA negeri masing-masing.

Usaha sudah pastinya memerlukan perbelanjaan, penajaan dan pelaburan yang banyak, tetapi pulangan jangka masa panjangnya kepada bola sepak negara akan berbaloi.

Semoga FMLLP tidak lagi mengamalkan polisi yoyo kepada format dan peraturan liga dan menjalankan tugas yang baik menguruskan liga kita!

Sumber: Semuanyabola.com

Leave a Comment