Pendidikan

Jadual SPM 2017: Garis Panduan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Berikut kami kongsikan jadual SPM 2017 yang akan berlangsung dari 6 November hingga 4 Disember nanti.

Jadual waktu peperiksaan SPM 2017 ini sudah pun diedarkan secara rasmi melalui portal Lembaga Peperiksaan.

Pihak sekolah turut dimaklumkan untuk mengedarkan jadual waktu ini kepada semua calon peperiksaan.

Pengetua juga diminta memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017 sebelum peperiksaan.

Jadual SPM 2017

jadual spm 2017

Mengikut takwim peperiksaan 2017, peperiksaan lisan SPM sudah berlangsung dari 6 Jun hingga 1 Julai lepas. Manakala ujian bertulis akan diadakan dari 6 November hingga 4 Disember 2017.

Isnin 6 November 2017

  • Bahasa Melayu Kertas 1 (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Pendidikan Seni Visual – Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 (11 pagi – 12.15 tgh hari)
  • Bahasa Melayu Kertas 2 (2 ptg – 4.30 ptg)

Selasa 7 November 2017

  • Bahasa Inggeris Kertas 1 (8 pagi – 9.45 pagi)
  • Bahasa Inggeris Kertas 2 (10.30 pagi – 12.45 tgh hari)
  • Bahasa Arab Kertas 1 (2 ptg – 3.15 ptg)
  • Bahasa Cina Kertas 1 (2 ptg – 3.45 ptg)
  • Bahasa Tamil Kertas 1 (2 ptg – 3.45 ptg)

Rabu 8 November 2017

  • Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9 pagi)
  • Sejarah Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)

Khamis 9 November 2017

  • Sejarah Kertas 3 (8 pagi – 11 pagi)
  • Bahasa Cina Kertas 2 (2 ptg – 4.15 ptg)
  • Bahasa Tamil Kertas 2 (2 ptg – 4.15 ptg)
  • Bahasa Arab Kertas 2 (2 ptg – 4.30 ptg)
  • Bahasa Iban (2 ptg – 4.30 ptg)
  • Bahasa Kadazandusun (2 ptg – 4.30 ptg)
  • Bahasa Perancis (2 ptg – 4.30 ptg)
  • Bahasa Punjabi (2 ptg – 5 ptg)

Isnin 13 November 2017

  • Mathematics (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Mathematics Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Tasawwur Islam Kertas 1 (2 ptg – 3.15 ptg)

Selasa 14 November 2017

  • Pendidikan Islam Kertas 1 (8 pagi – 10 pagi)
  • Pendidikan Moral Kertas 1 (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah Kertas 2 (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Pendidikan Islam Kertas 2 (11 pagi – 12.55 tgh hari)
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah Kertas 1 (11 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Tasawwur Islam Kertas 2 (2 ptg – 4.30 ptg)
  • Bible Knowledge (2 ptg – 4.30 ptg)

Rabu 15 November 2017

  • Prinsip Perakaunan Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Prinsip Perakaunan Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1 (2 ptg – 4.30 ptg)

Khamis 16 November 2017

  • Additional Mathematics Kertas 1 (8 pagi – 10 pagi)
  • Additional Mathematics Kertas 2 (2 ptg – 4.30 ptg)

Isnin 20 November 2017

  • Pendidikan Seni Visual – Seni Halus Kertas 2 (8 pagi – 11 pagi)
  • Pendidikan Muzik Kertas 1 (2 ptg – 4.30 ptg)
  • Reka Cipta Kertas 1 (2.30 ptg – 4.30 ptg)

Selasa 21 November 2017

  • Science (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Physics (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Science Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Physics Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Physics (Amali Bertulis) Kertas 3 (2 ptg – 3.30 ptg)

Rabu 22 November 2017

  • Literature in English (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Kesusasteraan Melayu (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Kesusasteraan Cina (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Kesusasteraan Tamil (8 pagi – 10.30 pagi)
  • Pengajian Keusahawanan Kertas 1 (11.15 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Geografi (Aneka Pilihan) Kertas 1 (11.15 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Pengajian Keusahawanan Kertas 2 (2 ptg – 4 ptg)
  • Geografi Kertas 2 (2 ptg – 4 ptg)

Khamis 23 November

  • Perdagangan (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Biology (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Perdagangan Kertas 2 (10 pagi – 12 tgh hari)
  • Biology Kertas 2 (10 pagi – 12 tgh hari)
  • Biology (Amali Bertulis) Kertas 3 (2 ptg – 3.30 ptg)

Isnin 27 November

  • Chemistry (Aneka Pilihan) Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Additional Science Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • Chemistry Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Additional Science Kertas 2 (10 pagi – 12.30 tgh hari)
  • Chemistry (Amali Bertulis) Kertas 3 (2 ptg – 3.30 ptg)
  • Additional Science Kertas 3 (2 ptg – 3.30 ptg)

Isnin 4 Disember

  • English for Science and Technology Kertas 1 (8 pagi – 9.15 pagi)
  • English for Science and Technology Kertas 2 (10 pagi – 11.15 pagi)

Jadual SPM 2017 juga boleh dimuat turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk calon berkeperluan khas kategori A dan B, masa tambahan akan diperuntukkan seperti berikut:

Borang Pengakuan Calon SPM 2017

borang pengakuan calon spm 2017

Berikut adalah contoh borang pengakuan calon SPM 2017. Borang pengakuan ini hendaklah diserahkan  kepada Guru Besar/Pengetua bagi calon sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri bagi calon persendirian.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri/sekolah/institut hendaklah menyimpan Borang Pengakuan Calon sehingga enam (6) bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

Kami mendoakan kejayaan adik-adik SPM tahun 2017 mendapat keputusan yang cemerlang. Gunakan cuti sekolah pada bulan September untuk belajar.

Leave a Reply