JUMPER PUNB: Latihan Usahawan Siswazah Bumiputera RM1,200

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan latihan keusahawanan bagi siswazah Bumiputera di dalam Program JUMPER PUNB.

JUMPER PUNB merupakan latihan keusahawanan bagi siswazah Bumiputera yang akan dibimbing mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan.

Sasaran program ini adalah kepada siswazah Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pilihan.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 23 Disember 2022.

Keistimewaan Program

Keistimewaan program ini adalah seperti berikut:

  • Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Ltihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat.
  • Mempelajari ilmu perniagaan dari mentor yang berpengalaman.
  • Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan.
  • Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program.
  • Pembiayaan sehingga maksimum RM100,000 atau RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi yang layak.
  • Pembiayaan patuh syariah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk program ini adalah seperti berikut:

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa

Cara Memohon

Ikuti cara permohonan berikut untuk memohon iaitu:

  1. Layari https://www.punbbiz.com.my/jumper.
  2. Klik ‘Permohonan Dibuka Sekarang.’
  3. Klik ‘Daftar.’
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
  5. Login dengan memasukkan emel dan kata laluan.
  6. Lengkapkan semua maklumat dalam ruangan permohonan.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Hantar permohonan apabila selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Muat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil akademik tertinggi
  3. Resume
  4. Salinan pendaftaran syarikat (SSM)
  5. Penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program JUMPER, sila hantar emel ke jumper@punb.com.my.

Leave a Comment