Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018: Tarikh Dan Lokasi

Tarikh dan lokas Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018. Para pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Sijil, Politeknik, Kolej Komuniti dan juga ILKA  akan mendapat manfaat daripada karnival ini. Di dalam karnival ini, para pengunjung akan didedahkan dengan pelbagai maklumat penting seperti jurusan yang ditawarkan oleh setiap universiti.

Karnival Pendidikan TInggi Negara 2018

Pengunjung akan mendapat maklumat yang lebih lanjut apabila bertanyakan soalan secara langsung kepada wakil setiap universiti. Ini dapat memberikan pencerahan kepada pelajar dan dapat membantu mereka dalam memilih jurusan dan universiti yang akan mereka pilih.

Kebiasaannya wakil dari setiap universiti akan memberi brosur/risalah mengandungi maklumat berkaitan jurusan yang ditawarkan seperti senarai jurusan yang ditawarkan berserta tahun pengajian. Selain itu juga, pengunjung akan didedahkan mengenai bidang pekerjaan yang berkaitan dengan jurusan yang ditawarkan.

Selain itu, karnival ini dapat membantu pelajar dalam pendaftaran UPU kerana pelajar akan diminta untuk memilih jurusan dan universiti pilihan mengikut keutamaan.

Waktu karnival bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma. Karnival ini akan diadakan di setiap negeri mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Dengan ini, bagi mereka yang berminat untuk mengunjungi karnival ini, mereka boleh mengunjungi karnival yang akan diadakan di negeri masing-masing.

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

TarikhLokasiNegeri
27 JanPermaisuri Imperial City MallMiri Sarawak
27-28 JanEastern PlazaTawau Sabah
3-4 FebMITCMelaka
10-11 FebruariUniversiti Malaysia PerlisPerlis
10-11 FebruariUniversiti Utara MalaysiaKedah
24-25 FebPoliteknik NilaiNegeri Sembilan
24-25 FebPersada JohorJohor
3-4 MacUniversiti Malaysia TerengganuTerengganu
3-4 Mac Universiti Malaysia PahangPahang
10-11 MacPoliteknik Seberang PeraiPulau Pinang
10-11 MacUSM Kubang KerianKelantan
17-18 MacKompleks Ujana KewanganLabuan
17-18 Mac1 Borneo HypermallKota Kinabalu,Sabah
31 Mac-1 AprilUiTM Shah AlamSelangor
7-8 AprilAmanjaya Convention CentrePerak
7-8 AprilCityone Megamall ExhibitionKuching, Sarawak

Para pelajar boleh mula mendaftar UPU bermula dari 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

Untuk maklumart lanjut, sila layari http://upu.mohe.gov.my/web/ atau hubungi 03-88708200.

Leave a Comment